Sunday, January 2, 2011

"PRK TENANG BATAL!" - TAN SRI ABDUL AZIZ (SPR):

PUTRAJAYA - 2 Januari 2011. Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang akhbar tergempar semalam, dikediaman beliau mengatakan bahawa pilihanraya kecil (PRK) Tenang dibatalkan.

Ini kerana, parti yang bertanding; PAS dan UMNO telah bergabung. Ia adalah ekoran perjumpaan yang telah disensasikan disetiap blog-blog pembangkang akhir-akhir ini. Pertemuan itu disahkan oleh YB Abdul Fatah Haron didalam laman Facebook beliau. Apa yang mengejutkan pihak media negara adalah, bila ada perjumpaan terus pergabungan parti berlaku, tanpa berbincang sesama pemimpin-pemimpin lain dan ahli itu sendiri.

Lambang baru parti gabungan tersebut seperti dibawah;



Oleh kerana perkembangan terbaru ini, maka parti-parti baru, seperti Pas reform, Gempur 13 dan beberapa parti serpihan ingin menawarkan bertanding. Calun yang dicadangkan merupakan seorang jejaka dari Lombok, Indonesia. Simbol yang digunakan adalah 'kereta kebal'. Walau bagaimanapun, pihak SPR tidak melayan pelawaan mereka. (Sumber Agensi Berita F*kaP)

More on Related Posts:



0 comments:

Post a Comment