Friday, December 31, 2010

BELUM APA-APA, CACING 'CELAKA' DAH KEPANASAN!

Salam Pembukaan, Salam Pencerahan Usus & Salam 2011...

Bhai...wa dah lama berehat, bila wa perati golongan celaka agak kurang mendapat sambutan. Wa rasa macam buang masa, layan bebudak celaka, yang sebenarnya tak de kaitan dgn jemaah, kalau ada kaitan pun; banyak program jemaah mereka ponteng! Dan bawak masalah kat jemaah, tak bayar yuran dll....huhuu



Sehari dua neh, riuh satu Malaya yang Pas nak bergabung dgn Umno (versi 2 -Kelantan edition..huhuu), apatah lagi status FB terbaru YB Fatah menyentuh pasal neh...MSO merangsangkan lagi isu neh, tujuan tak lain sebagai propa nak lakukan terbitan SIASAH yang baru....hehehehe, untung lu MSO, bijak jugak kepala otak lu..part-part propaganda neh, wa respek sama lu...

Tapi yang wa heran, belum apa-apa bebudak celaka dah buat persepsi macam-macam...Ini jelas, pada wa, mereka ini bukanlah orang yang betul-betul nak berjuang, atau ada agenda lain dalam perjuangan...

Kalaulah alasan keputusan muktamar menjadi wirid basi puak celaka neh, maka dalam muktamar sudah jelas...

"BERBINCANG DENGAN SESIAPA SAHAJA, TIDAK KIRA APA MASALAH SEKALIPUN, EKONOMI, POLITIK ATAU SOSIAL ATAU APA SAHAJA...TIADA HALANGAN DAN TIADA MASALAH!!!"

"KALAULAH, IA MELIBATKAN PRINSIP PARTI DAN KEPUTUSAN YANG LEBIH LANJUT, IA HENDAKLAH DIBINCANG SECARA TEPERINCI DIPERINGKAT JAWATANKUASA, SETERUSNYA MAJLIS SYURA DAN JIKA PERLU SEHINGGA MUKTAMAR KHAS..."


Anak jiran wa darjah 4 yang masih berkulup lagi, faham dengan keputusan yang wa highligh tuh...yang wa pelik, ada yang dah kepala botak, dah masuk lokap, dah pegi Lombok, dah macam2, tapi tak faham lagi statement kat atas! Ni yang wa hangin...

Tengok, betapa jauhnya perjalanan atau proses, jika nak bawak Pas masuk Umno...dan wa pasti 200%, buat masa sekarang, Pas tak akan bergabung dengan Umno!!! Sesapa nak bincang, sesapa nak jumpa sesapa pun biar lah, apa nak susah...nak jumpa Agung ka, nak jumpa najib ka, nak jumpa Bambang Pamungkas ka, nak jumpa Luna Maya ka, nak jumpa Obama ka, malah nak jumpa Zionis pun wa tak kesah...pasal itu juga telah diputuskan dalam muktamar! Kita terbuka dalam berbincang dgn siapa sahaja...yang luorang panik macam babi kepanasan pahal!

N3-n3 yang memburuk-burukkan pimpinan pas dgn gossip-gossip liar, tahap-tahap cipan dan variasari, wa rase macam bodoh je nak baca...Chow lu!
Apsal, belum masuk tahun baru, luorang buat wa hilang sabar! Lu memang brengset!

Monday, June 28, 2010

One G Munafiq Haraki - Pemfitnah Hassan Ali & Presiden Pas!

Bhai..

1G meneruskan analisis separuh masaknya dan terus menerus memfitnah pemimpin Pas tertentu termasuklah Presiden sendiri!



Wa bertanggungjawab atas gelaran 'MUNAFIQ HARAKI' ke atas lu, kerana lu sudah melampau! Lu bukan lagi mengkritik dan memberi pandangan berguna kepada Pas, tetapi lu telah merosak dan memburuk-burukkan Pas dengan fitnah-fitnah lapuk dan kejam, dari sumber yang tidak sahih dan khabar-khabar angin...Owh wa terlupa, lu sebenarnya adalah pengikut tegar Man Lombok, seorang 'wirawan' blogger celaka, yang 'BERIMAN DENGAN KHABAR ANGIN'...

Meh kita bukak apa fitnah 1G dalam n3-n3 separuh masak lu yang baru...

1. Memberi persepsi yang Hassan Ali ingin menjatuhkan Khalid Ibrahim

"Dahulu, exco PAS nak jatuhkan Tan Sri Khalid, sehingga berlaku isu lembu yang tidak sepatutnya berlaku. Memang bangsat exco PAS itu."
-Wan Ji, 28 Jun 2010.



Bukan sahaja memfitnah, malah lu mem'bangsat'kan Hassan Ali sekali!

Hujah lawan hujah! Dan pasal Khalid Ibrahim, Hassan Ali dah keluarkan statement lama dahulu yang dia bersama Pas Selangor tetap menyokong Khalid; Lu tengok artikel Harakah 14 Mac 2008 neh:

PAS Selangor sokong sepenuhnya pelantikan Khalid sebagai MB baru - Dr Hasan Ali

SHAH ALAM, 14 Mac (Hrkh) - PAS Selangor menyokong sepenuhnya pelantikan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, kata Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Dr Hasan Mohd Ali.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media khas di Pejabat Perhubungan PAS Selangor di Pusat Perniagaan Worldwide di Shah Alam hari ini.

Turut serta ialah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ir Khalid Samad, Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip, Adun-adun PAS Selangor, ahli Parlimen termasuk Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja).

Mengulas lanjut Dr Hasan Ali berkata, PAS Selangor berikrar dan berazam untuk memberikan kerjasama kepada Khalid bagi membolehkan pentadbiran negeri berjalan lancar dan rancak di bawah pimpinan beliau.

"PAS Selangor menegaskan kami akan sentiasa memberikan dokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pakatan KeADILan, DAP dan PAS dalam membentuk kerajaan bagi mentadbir negeri," ujarnya.

PAS Selangor juga akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan pakatan ini terus stabil dan mantap bagi menjana kecemerlangan pentadbiran kerajaan BA Selangor, kata Dr Hasan.

Selain itu Dr Hasan turut menyeru semua ahli PAS supaya bertindak mengikut proses undang-undang dan tiada sebarang kerja merampas, ambil alih kuasa atau pecat mana-mana pihak yang berlainan pegangan politik.

Semua ahli katanya diminta untuk bersabar, bertenang serta bertindak dengan penuh hikmah.

PAS Selangor juga bersetia akan melaksanakan program-program berkebajikan sesuai dengan tawaran BA dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, katanya.

Untuk itu katanya, sebagai Pesuruhjaya beliau akan mengarahkan ahli Exco dan Adun PAS memotong sejumlah 30 peratus elaun asas mereka setiap bulan bagi membantu golongan berpendapatan rendah di sini.

Dan Hassan Ali juga adalah antara yang kuat menyokong Khalid Ibrahim sebagai calon di Ijok suatu ketika dulu...

"Hasan Ali laung keyakinan jika Khalid bertanding: Terdahulu sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya yakin Barisan Alternatif (BA) boleh menang jika Khalid Ibrahim bertanding di Dun berkenaan." Harakah, 2008


Penipuan fakta terus menerus dilakukan oleh 1G bila mengaitkan Hassan Ali dalam kes kepala lembu. Walhal Harakah secara jelas mendedahkan yang badut-badut kepala lembu adalah hasil ‘kareografik’ puak-puak lahnat Umno! Lu boleh rujuk Harakah 2 September 2009 (tak caya lu tanya Fakaq lerrr..);

"Harakahdaily mengambil inisiatif bagi mengenalpasti siapakah mereka yang terlibat itu. Terbukti, hampir kesemua mereka adalah pemimpin Umno Selangor dan tempatan iaitu Seksyen 23." -Harakahdaily 2 September 2009.


Jadi, apa kaitan Hassan Ali dalam hal neh??? Melainkan lu kaki fitnah dan reka citer macam si man Lombok!

2. Memfitnah yang Presiden Pas menyebabkan Ostad Muda masuk Umno!

Lu memang semakin lahnat...lu tak tahu bezakan sesuatu kenyataan yang berbentuk ulasan dengan kenyataan umum; tapi lu terus menerkam dengan andaian macam neh;
"...satu kerosakan yang teramat besar pasti akan berlaku, sekiranya yang mengatakan UMNO sudah menjadi baik kearah Islam itu adalah seorang tokoh dari gerakan Islam.
Apabila keadaan ini berlaku, tidak hairan kejadian kemasukan ulama muda kepada UMNO, berpunca dari kenyataan yang dibuat oleh ulama tua yang dilakukan sebelum ini." -Wan Ji, 28 Jun 2010.


Bila lu cakap 'seorang tokoh gerakan Islam' mengatakan umno sudah menjadi baik, maka tak lain lu merujuk ulasan Utusan lahnat pasal kenyataan Presiden Pas tentang perubahan positif Umno di dalam Harakah dedulu;

"Apa yang berlaku ialah anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku. Dan tidak lagi menghina hukum-hukum Islam, tidak ada lagi budaya dalam Umno. Ini kejayaan yang dapat kita (PAS) laksanakan. Ini kejayaan dakwah yang kita (PAS) sampaikan bagi menyedarkan umat kita, bangsa kita dalam perkara (batas iman dan kufur) ini. Sepatutnya, kita tidak boleh bertelingkah dalam masalah ini dan PAS sendiri pernah minta diadakan muzakarah secara ilmu.

Dalam PAS ada Majlis Syura Ulama’ PAS dan dalam Umno ada Biro Agama Umno. Dan kerajaan sendiri mempunyai Majlis Fatwa, ada mufti-mufti dalam kerajaan, ada IKIM ada macam-macam. Jika dalam Umno ada mereka yang membawa ijazah PhD dalam bidang Islam. Dalam PAS juga ada dan dengan sebab itu perbincangan secara ilmu adalah penting.

Walau pun demikian, saya melihat telah berlaku anjakan paradigma dalam Umno tidak lagi mengatakan agama berpisah dari politik. Ini satu perubahan yang positif dan apa yang penting kita terjemahkan secara praktikal dan dilaksanakan dengan cara yang baik. Antaranya, sekurang-kurangnya memberi ruang kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh PAS dan Pakatan Rakyat.Tidak ada gangguan-gangguan dari segi semangat federalisma." -TG Hj Hadi, 19 Februari 2010.


Dari kenyatan ini (dari kenyataan penuh Hadi), ada dua kebarangkalian perspektif dalam membentuk persepsi umum dalam garapan ulasan media;

(a) Hadi menyatakan yang Pas berjaya dalam dakwah terhadap Umno melalui politik terbuka selama ini, menyebabkan umno mula faham Islam...

(b) Hadi menyatakan yang Umno mula berubah kepada Islam, maka semua orang boleh sokong dan bersekongkol dengan umno sekarang..

Ini adalah kebarangkalian yang boleh dirungkai dari kenyataan Hadi di atas, namun bila seseorang membaca secara penuh dan tenang, maka semua orang akan memilih Perseptif (a) bukannya (b)!

Kerana dalam perspektif (b), banyak unsur dan mempunyai kadar falasi mantik yang amat tinggi! Dan ia adalah tidak tepat sama sekali!

malangnya, itulah cara lahnat digunakan oleh Utusan, dan terus digunakan juga oleh 1G untuk mengaitkan yang Presiden kununya kata 'Umno dah berubah, jom semua masuk umno'! Itulah kebodohan analisis si 1G...lu memang MUNAFIQ HARAKI! Guna cara utusan untuk menghentam presiden! Padahal kemasukan Ostad Muda (dan budak2) tak de kaitan pun dengan kenyataan Presiden Pas!

Itulah yang membezakan blogger celaka dgn kami! Sumber celaka adalah sumber musuh, ulasan celaka adalah ulasan separuh masak! Maka mana ada persamaannya kalau sumber rujukan berita pun bukan dari sumer yang jelas!

PERGI JAHANAM BLOGGER CELAKA!

Thursday, June 24, 2010

FAKAQ PERLEKEH DR SAM & PRESIDEN PAS...

http://zainulfaqar.blog.com/archives/1191


Salam Pencerahan Kulit,

Wa berehat sekejap...tapi bila kawanan kambing bersama task force 13 (TF13) bergabung tenaga menghentam Hadi, wa kira ini sudah lebey bhai...

Mungkin Penasihat Politik beliau, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ke hulu ke hilir makan angin di luar negara sampai terlupa memberi nasihat yang bernas kepada Sang Murabbi kita semua ini..
-Fakaq, 23 Jun 2010


pertama...lu akhirnya dapat jugak nama sebenar Dr. Sam...Lu cepat belajar kesilapan..huhuhuuhu



kedua...tapi lu maseh lembab dalam membaca olahan dan huraian sebenar dengan hanya mengambil satu sumber...Lu kerja ngan harakahdaily, sah-sah petikan Mkini (yang lu link kan, tak tulis pun siapa penulis tuh!) dirujuk dari Hdaily sebenarnya Hadi menyebut secara berseloroh....

Tuan Guru berkata "Saya memang belajar di universiti Wahabi, dapat biasiswa Wahabi," katanya sambil tersenyum.
"Tetapi saya ada pandangan saya sendiri,” jelasnya lagi.
-Harakahdaily, 23 Jun 2010.



Lihatlah macamana si Nazri Abdullah laporkan kepada umum (mungkin ada sikit campur tangan editor?)...bukan macam lu! Dalam blog lu tibai Dr. Sam sekali!

Dan wa rase Hadi dah mulakan dengan tidak bermain 'game' umno...bila awal-awal interview kat Parlimen (opis pembangkang), katanya;

"cubaan mengaitkan fahaman Wahabi dengan Jemaah Islamiah (JI) atau terorisme adalah agenda barat serta musuh yang mahu memburukkan Islam."

Bhai...

Wa tak kesah, kalau lu ada idea lagi bernas dari Dr. Sam..wa tak heran, pegi mampos laaa..tapi yang wa hangin lu perlekehkan owang lain...bingai punya budak!

Apa kaitan kenyataan gurau Presiden dengan "Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ke hulu ke hilir makan angin di luar negara sampai terlupa memberi nasihat yang bernas kepada Sang Murabbi kita semua ini"?????

Lu dah jadi macam Utusan lahnat dan tak jauh beza dengan kerja-kerja jahat Umno untuk menimbulakn persepsi buruk terhadap Presiden termasuklah penasihat beliau!

Ya, wa mungkin bersetuju dengan Adoka (secara perli..ngeehh4444), yang penasihat Hadi adalah seorang Melayu bangang, tak lepas SPM, lembab, bukan profesional, dan seorang yang tak ada kelulusan PhD????? (huhuhuhuhuhuh...sambil wa gelak guling-guling5555)

Nak tahu si Dr. Sam neh..bukak N3 wa yang lama....

http://penembakbabi.blogspot.com/2010/03/wartawan-harakahdaily-takde-kualiti.html

Lu sepatut mempunyai sijil yang di'sign' oleh Hadi...protect laaa sikit bro...berlapik laaa...

Tapi kalau lu dah hati banyak jahat, tara tenang...penuh kotoran...wa tak leh buat apa laaa..

p/s: Gambar di atas - Hang Jebat tengah tercekik bijik limau....huhuhu

Wednesday, June 16, 2010

BADWI KENCING DALAM MASJID...

Bhai..

Wa malas nak komen lelebey, tapi wa teringat satu kekata hikmat...

"SEGALA MISI AGUNG AKAN GAGAL BILA DILAKSANAKAN OLEH MEREKA YANG BODOH!"



Itulah jadahnya jadi kat satu kawanan kambing jamnapori...Tak de perancangan teliti, tetapi nak bercakap tentang isu-isu besar...huhuuu

Dan ada pulak yang jadi haru biru, mula menyalahkan owang lain...pada hal diri sendiri yang bangang!


Edys oh..Edys...kesiyyaaaannn lu, jadi barwa Adoka!

p/s: wa ingat nak rehat jap hentam luoarng..tumpu PRU13...tapi....hancussss!

Tuesday, June 1, 2010

TAKZIAH KAT ONE G!

Bhai...

Dalam wa hentak 1G neh..wa jugak kasihan kat lu bila ada owang khianat kat lu punya kete...





Wa ucap takziah, moga-moga lu lagi tabah...
Yang penting, wa takmo lu buat fitnah owang Pas sendiri bantai lu punya kete...

Sikit je tuh dogaan....

Tak de macam Syed Botak dulu..huhuuu

"Umno lebih jahat dari Yahudi!" -Pas Ganu

Bhai...

Bila ada owang buat citer yang Pas Ganu nak bergabung dengan Umno...Wa pun gelak guling44 kuasa kuda!

Wa nak bawak video untuk Ali Bangang dan sekutu celaka mereka!..huhuu



Rupa-rupanya Pas Ganu kenal Umno lebih dulu dari Puak celaka!

Saturday, May 29, 2010

One G: PENABUR FITNAH, PENCETUS PERPECAHAN!

http://g-82.blogspot.com/2010/05/syukur-allah-swt-pelihara-pas.html

Salam Pencerahan Dahi!

1G sangat melampaui kemanusian dan ilmiah dimana masih membuka-buka isu yang telah ditutup oleh pimpinan Pas (termasuklah yang ditutup oleh Ust Ahmad Awang sendiri).

Tektik jahat dan lahanat, mengulangi video klip lama Ust Ahmad Awang seolah-olah masih ada yang ingin bergabung dengan umno, menyebabkan 1G tak ubah seperti blogger celaka yang lain. Analisis separuh masak masih menjadi prinsip mengulas isu-isu yang sensitif dalam Pas. Dan Pas mendapat 'damage' dari analisis mentah yang kurang kajian tersebut.

Kalaulah perkara ini berterusan, puak-puak celaka yang jahil akan terus-menerus menuduh pemimpin Pas akan bergabung dengan Umno. Dan kalaulah 1G masih dengan ulasan separa masak dan tidak menghentikan semua ini, maka wa akan menyeru agar lu juga DIPECAT dari Pas!

Bhai..meh sini kita tengok video dan ulasan Ust. Ahmad Awang seterusnya:

1. Video yang menjadi rujukan puak Celaka dalam berhujah;



Klip di atas bertajuk "Pendedahan Ustaz Ahmad Awang..." yang telah dirakam sewaktu Muktamar Pas di Shah Alam, 7 Jun 2009.

Pada asasnya, kalau dengar secara keseluruhan, tak ada masalah pun dengan ucapan Ust Ahmad Awang, tetapi mengapa perlu diletak tajuk "Pendedahan.."??????

Meh kita siasat...

Luowang tahu tak, hanya satu user sahaja yang upload klip ucapan muktamar ust Ahmad Awang dengan tajuk "Pendedahan..." iaitu user 'JiwoKelate2009'.


Dan user tersebut pengendali web 'Jiwo Kelate' iaitu Wan Jo! Wa rase luowang musti ingat siape itu wan jo! Yea..! Geng Barbican, puak-puak barbican! Apakah motif tajuk dan video itu masih digunakan sebagai hujah oleh puak-puak celaka untuk menyerang Pas??? Maka, luowang akan perasan hanya puak mana yang masih berhujah dengan video tersebut bukan??? Pandai!!!! Jangan Yahudi bagi nasihat sudah le...huhuhhhuu

2. 1G tak pernahpun merujuk balik blog Ust Ahmad Awang bila merujuk video ucapan beliau itu. Kalau luorang baca balik blog ust Ahmad Awang, luowang akan jumpa yang Ust Ahmad Awang juga menutup kisah-kisah perpaduan neh! Malah beliau mengecam kalau ada orang Pas yang ingin melaga-lagakan Nik Aziz dengan Hadi Awang!

Ini rakaman tulisan ust Ahmad Awang, pada 24 Jun 2009 jam 2.35 petang


Maksud Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Al-Hujuraat:10)


Gambar dari blog Ust Ahmad Awang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Melafazkan Takbir
Pada hari Isnin, 28 Jamadil Akhir 1430H bersamaan 22 Jun 2009 kira-kira jam 6.20 petang, tamatlah riwayat isu Kerajaan Perpaduan dalam diari semasa politik PAS. Saya dan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa sahabat pimpinan melafazkan “Takbir” sebaik sahaja Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) selesai membaca kenyataan bertulis beliau kepada para pemberita dan jurugambar media yang bersesak-sesak di bilik Mesyuarat Utama Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Kenyataan tersebut dikeluarkan sebaik saja tamat Perjumpaan Khas yang dipengerusikan Mursyid Am PAS itu yang berlangsung selama kira-kira satu jam bermula kira-kira 5.20 petang. Bagi saya, kenyataan TGNA itu adalah “talqin” ke atas jenazah isu Kerajaan Perpaduan itu.

Kenyataan penuh TGNA seperti berikut:

Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam Perjumpaan Khas yang diadakan di Pejabat Agung dalam semangat kekeluargaan menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa yang dibesar-besarkan oleh media perdana. Kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku di antara Pimpinan Atasan Parti akibat daripada permainan politik murahan UMNO.

Kami bersama-sama dalam satu saff yang padu untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanahair.

Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik Kerajaan Perpaduan diberhentikan serta merta sepertimana telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Bangunan Parlimen jam 2.30 petang tadi yang menolak sepenuhnya idea Kerajaan Perpaduan.

Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyid Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi.


Kenyataan tersebut dibuat setelah hampir kesemua mereka yang menghadiri Perjumpaan Khas itu memberi pendapat atau penjelasan masing-masing bersabit dengan isu Kerajaan Perpaduan yang menjadi topik panas berikutan dari kenyataann media Presiden PAS semasa Muktamar ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Mesyuarat Khas berkenaan dipanggil oleh TGNA selaku Mursyid Am. Mereka yang dijemput hadir ialah Dato' Seri Presiden TGHHA, Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib-naib Presiden Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Dato' Mahfuz Omar, Dato' Harun Taib (Ketua DU), Ustaz Nasaruddin Hassan (Ketua DP) dan Ustazah Noridah Salleh (Ketua DMPP). Hadir juga Dato' Dr. Harun Din (Timbalan Mursyid Am), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (SU Majlis Syura) dan saya sendiri tanpa membawa apa-apa jawatan (tetapi saya masih ahli Majlis Syura).

Pertemuan di Rumah Seri Kelantan
Perjumpaan Khas itu dipanggil oleh TGNA selepas beliau berbincang dengan kami bertiga, saya, Dr Harun Din dan Ustaz Ghani Shamsuddin dalam satu pertemuan dengan beliau pada hari Jumaat 19 Jun 2009 jam 8.00 malam di rumah Seri Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Dalam pertemuan tersebut TGNA meminta pandangan kami bagaimana hendak “mematikan” isu Kerajaan Perpaduan dengan serta merta. Menurut beliau isu itu menjadi modal UMNO dalam kempen di Manek Urai yang sudah berjalan dengan rancaknya selama 2 minggu. UMNO menyeru para pengundi Manek Urai supaya tidak perlu lagi menyokong PAS kerana PAS akan bergabung dengan UMNO dengan terbentuknya Kerajaan Perpaduan yang dirancangkan.
TGNA menjelaskan sebab-sebab yang "memaksa" beliau mengeluarkan kenyataan yang begitu keras terhadap Timbalan Presiden. Namun beliau memberi jaminan kepada kami akan menarik balik kenyataan yang keras itu sekiranya semua Pimpinan Tertinggi PAS bersepakat sebulat suara “mematikan” isu Kerajaan Perpaduan itu.

Pertemuan kami pada malam itu berakhir dengan keputusan supaya diadakan segera Perjumpaan Khas Pimpinan Tertinggi yang dihadiri oleh mereka yang berkenaan seperti yang disebutkan di atas. Paling mustahak TGNA mahu supaya Ustaz Nasharuddin tidak menguzurkan diri. Dr Harun Din diberi amanah menyampaikan hasrat penting Mursyid Am itu kepada Ustaz Nasharuddin.

Suasana Harmoni dan ukhuwah
Alhamdulillah, semua yang dijemput termasuk Ustaz Nasharuddin hadir dalam Perjumpaan Khas yang dipanggil oleh TGNA itu. Perbincangan dalam perjumpaan itu berjalan dalam suasana harmoni dan penuh ukhuwah serta saling memahami pandangan dan penjelasan mereka yang hadir. TGNA memulakan perbincangan dengan menerangkan sebab-sebab dan tujuan beliau mengadakan Perjumpaan Khas itu. Beliau menjelaskan punca-punca sebenar mewajarkan kenyataan keras beliau yang dibuat terhadap Ustaz Nasharuddin. Selepas mengikuti penjelasan Presiden dan Timbalan Presiden, kami yang hadir dapat memahami bagaimana lontaran idea Kerajaan Perpaduan itu boleh menjadi ribut dan gelombang besar, padahal sepatutnya ia sudah berlalu menjadi perkara akademik sahaja.

Saya turut memberikan pandangan antara lain menegaskan bahawa isu Kerajaan Perpaduan adalah suatu ujian Allah ke atas Kepimpinan Parti. Parti seolah-olah sebuah bahtera dilanda ombak besar semasa belayar menuju pelabuhan. Dengan “mematikan” isu ini, walau apa pun senario dalaman dan luaran sebelumnya, Parti akan selamat dan hubungan antara Kepimpinan Jamaah akan bertambah kukuh dan bersatu padu. Saya mengingatkan kepada perpaduan parti waktu ditinggalkan oleh Allahyarham Ustaz Dato' Fadhil Noor yang berkebetulan tarikh 22 Jun 2009 adalah genap 7 tahun Allahyarham meninggal dunia. Saya merasa agak terharu seketika apabila Ustaz Nasharuddin sebak beberapa saat semasa meriwayatkan urutan peristiwa yang membawa beliau menjadi sasaran utama dalam isu ini. Ustaz Nasharuddin menjelaskan kedudukan peranan beliau dalam isu Kerajaan Perpaduan yang sepatutnya tidak menimbulkan kekeliruan dalam parti melainkan kerana ianya dipermainkan oleh media massa alat/pro UMNO.

Saya juga benar-benar dapat merasakan betapa besarnya jiwa TGNA apabila beliau tidak teragak-agak menggunakan perkataan “menarik balik” kenyataan keras beliau terhadap Ustaz Nasharuddin walaupun ada cadangan supaya beliau menggunakan ungkapan yang lebih longgar dari perkataan “menarik balik” itu. Syukurlah keputusan sebulat suara Perjumpaan Khas berkenaan mengambil tindakan membunuh isu Kerajaan Perpaduan yang dipermainkan UMNO itu dapat mematikan serta merta isu tersebut.

Dengan tindakan sedemikian tidak ada mana-mana pihak dalam parti yang menang ataupun kalah. Tidak ada juga situasi menang-menang (win-win situation), tetapi yang menang adalah PAS dan perpaduan di kalangan kepimpinan dan seluruh pendokongnya. Manakala yang kalah dengan pukulan mati ialah UMNO dan sesiapa juga yang cuba hendak melaga-lagakan TGNA dan TGHHA dalam perkara ini.

Bagaimanapun kesemua pihak dari Pimpinan Tertinggi hingga ke peringkat akar umbi Parti banyak pengajaran dan pelajaran yang boleh diambil dari riwayat hidup “arwah” Kerajaan Perpaduan ini.


MAKA DENGAN INI, WA JUGA MENCABAR ONE G BERSAMA FAKAQ (LAGI) BUKTIKAN MANAKAH PIMPINAN PAS (SELAIN DARI SENARAI NAMA DI ATAS) YANG INGIN BERGABUNG DENGAN UMNO??? KALAU TAK ANDA HANYALAH MEMECAHBELAHKAN PARTI DAN PATUT DIPECAT SERTA MERTA, JIKA MASIH MEMAINKAN ISU INI!

Wednesday, May 26, 2010

One G - "Doktor gigi yang tak pernah cabut gigi.."

http://g-82.blogspot.com/2010/05/dpp-pusat-cabut-gigi-salah.html

Salam Pencerahan Gigi!

Wa makin menyampah kat 1G bila kerjanya siang malam tak lain duduk depan laptop, hentam sana, hentam sini..Lu ni dah jadi saling tak tumpah macam Adoka!



Dulu lu hentam Pemuda suh buat aktiviti terang bahaya judi dan arak. Tapi bila pemuda buat gerakan besar-besaran, demo ke seluruh masjid negeri, lu pun sonyap sekejap...ntah lu join ke tak wa tak tahu..

Kali neh bila Pemuda nak berdebat dengan Brahim Ali, lu dengan selambe kodok lu bukan nak protect Pemuda, lu bantai lagi ade laaa..

Lu kata Din Tantawi ibarat 'Doktor gigi yang cabut gigi yang salah..". Tapi bila wa ingat kata-kata cikgu wa masa sekolah dulu, "kekadang, doktor tersalah dalam pekerjaannya untuk menjadi seorang yang lebih hebat.."

Dan dia tambah lagi, "jangan jadi seorang doktor yang tidak pernah jumpa atau sentuh pesakit....kerana dia tidak akan kemana-mana!"

Mungkin wa boleh tambah dikala itu (kalau wa boleh balik ke sekolah laaa..), wa kan cakap kat cikgu wa; "Tapi cikgu, yang paling teruk, doktor gigi yang dah lah tak pernah cabut gigi...lepas tu kutuk doktor gigi lain kata itu salah, ini salah..huhuhuu"

Kalau la lu membuat ulangkaji yang cukup, lu kan jumpa kaitan si Brahim Ali dengan Vincent Tan. Lu boleh rujuk; http://www.malaysiakini.com/news/126413

maka, wa rase Din tantawi adalah 'pakar gigi' yang hebat...bila buat keputusan nak berdebat dengan Brahim Perkasa, atas 3 sebab utama;

1. boleh menerang lebih lanjut isu judi bola
2. boleh dedahkan kemunafikan Brahim Ali, kaitan dnegan Vincent Tan
3. boleh dedahkan jahatnya Perkasa memperalatkan sentimen melayu untuk kepentingan politik BN, walau atas nama NGO!



Nah! Benarlah kata cikgu wa; "Doktor gigi yang tak pernah cabut gigi...tak akan ke mana-mana!"


p/s: Wa pun confius...apsal asyik duk sebut pasal gigi je...ramai yang sensitip oooo....huhuhuh

Tuesday, May 25, 2010

ADOKA DITIPU DAN MENIPU!

Bhai..

Wa terbatuk kokol bila saentero dunia mengulas kebodohan dan perangai sakai si Adoka yang tidak tahu tata tertib dalam membuat temu janji dengan seseorang pemimpin! Wa terbatuk lagi...kuh!kuh!kuh!


"tutup gigi dalam ke'malu'an....oppsss cover malu..."

Mana si Xenan? Mana si Cipan? Mana si Ali Bangang? Mana si Fakaq? Mana si 1G? Mana? Mana? dan Mana....? Mana blogger celaka yang lain..???!!

Mengapa tak ajar si Adoka ni cara yang betul untuk membuat temu janji??? Musti sekolah dulu tak aktif persatuan....Dah la lubuk, asyik cilok je bila masa ko-kurikulum..huuuhuu..

Wa dari dulu dah gelak dah bila lu kuar n3 kata macam neh...

"Dengan ini, gua; AdukaTaruna mengumumkan tarikh Langgar Hadi jatuh pada Jumaat 28 Mei 2010. Melalui bantuan dana rakan2, gua telah ke Masjid Rusila untuk merisik program Hadi pada tarikh berkenaan. Alhamdulillah. Hadi Awang dijadualkan seperti biasa pada Jumaat tersebut. Pada hari itu cuti Wesak bagi negeri2 tertentu. Semoa Allah jadikan ianya asbab kemudahan kepada seluruh anak muda yang cintakan sistem Allah. Insyaallah."


Bhai...meh sini...meh sini dekat..dekat....huhuhu..

Hadi ada PA dia, dan PA dia bukan Songkok Puteh la mangkuk! Songkok Puteh webmaster TKO dari Dungun, Rhu-Sila kat Marang...Lu geografi musti dapat P8 kalau tak tahu kat mana Dungun...huhuuu

PA Hadi adalah En Zaihan Daud, lu boleh tanya owang kalau tak tahu nak contact dia...huhu Jadual Hadi, Zaihan yang pegang, bukan SP beb!

Dan lu telah membuat jenayah besar! Wa harap sesiapa yang bagi dana kat lu untuk ke Rhu-Sila tempoh hari claim balik duit tuh!

Dahlah lu bodoh tak tahu prosedur, lepas tu guna duit dana ntah jumpa sape-sape ntah 'merisik program Hadi'..kata Hadi ada masa 28 Mei! Yang pasti dengan sedap lu punyai badan je ronda-ronda area pantai pakai duit derma tuh!

Bhai...Lu terang-terang penipu! Lepas tu bila tahu last minit Hadi tak de di Msia....lu pun tetiba mngamuk nak hentam Hadi pula...budusssssss!

Lu yang silap...bukan salah sesiapa...dan yang nyata lu telah menipu duit derma!

p/s: Fakaq..I'm counting!

Sunday, May 23, 2010

FAKAQ BAKAL JADI AHLI PAS PALING SINGKAT!

Salam Pencerahan Kulit!

Fakaq akan dihadapkan ke hizbah Pemuda Penang dengan pelbagai laporan yang tidak beradab si Fakaq terhadap Pimpinan Pas. Dan antara tindakan yang bakal dihadapi adalah memecat Fakaq dari ahli Pas!

Mula menjadi ahli Pas pada 18 Oktober 2009 (tak sampai setahun) kalaulah sabit dengan kesalahan Lu akan jadi blogger bukan Pas sama macam si blogger fitnah dan celaka yang lain!

Lu sangat melampau dalam tulisan dan ulasan pencerahan kulit! Rujukan lu adalah Ali Bangang, Pak Bakaq, Man Lombok...tetapi lu menyepi terus bila ada pencerahan dari pemimpin parti yang menjelaskan segala kekeliruan. Beriman lebih kepada khabar angin, dari fakta dan penerangan dari Pimpinan. Pasal Jamil Khir, apakah lu belum jenguk tulisan Tuan Ibrahim??


Fakaq bersama 1G yang memegang KERTAS KERJA JUAL BUDU!

Wa mungkin akan bersetuju lu dirujuk kepada majlis hisbah dan dipecat! dan wa jugak menggesa One G turut sama dirujuk ke Majlis Hizbah, antara yang mengkritik pimpinan secara membuta tuli!

Pas amat malang mempunyai 2 anak muda yang separuh masak...dan Pas tidak rugi apa-apa kalau kedua-dua ekor ini disinggkir kerana menyusahkan pimpinan bekerja!

Pas pernah mempunyai ramai tokoh-tokoh hebat dan bila diri ini terlalu takabbur, tidak mahu menerima pandangan dan pendapat yang lain...maka Takabbur itu sifat Syaitan! Halaulah syaitan ini dari merosakkan jemaah!

Cabaran Wa kalau Lu anak Jantan!

Dalam masa 10 Hari! Wa nak lu senaraikan:

1.Siapakah pemimpin yang mahukan Kerajaan perpaduanG
2.Pemimpin manakah yang ingin memeluk Umno?
3.Tunjukan bukti yang Pas hendak bergabung dengan Umno! Sumber dan rujukan..

Wa tak mahu lu mengarut-ngarut dan merapu dalam ulasan, sila buktikan!

Ingat: KALAU TIDAK BERJAYA, MAKA WA AKAN SENARAIKAN LU SEBAGAI PENIPU BESAR!

Saturday, May 22, 2010

JAWAPAN ISU 'PERTEMUAN GELAP'!

Bhai...

Wa nak tujukan video klip ini untuk semua blogger kaki auta, kaki fitnah dan puak celaka...huhuu



Jawapan ini dibuat oleh Ust Nasha pada Ceramah Isu Semasa di Bachok, 26 Julai 2009. Musti dengar sampai HABIS!

Dan kepada 1G (yang mengaku ada simpan KERTAS KERJA JUAL BUDU...huhuhu), Fakaq (yang pernah jadi sakai pengebom berani bodoh...huhu), Pak Bakaq, Man Lombok, Ali Bangang, Adoka Jongos, Tenuk C++ dan kesemua kaki auta dan pemfitnah yang mengatakan Pas nak masuk umno...hentikan lerr...

Bagi kesemua ahli dan penyokong pas...wa harap luowang dapat hayati dan nyanyi lagu bawah ni sesama bila dah habis dengar video di atas...



kalau lu tak syahdu dengar lagu pas neh..wa harap lu pegi baca yassin bebanyak...buang karat kat hati lu..huhuhuh

Friday, May 21, 2010

1G TELAH DISINGGKIR DARI UNIT KAJIAN DEWAN ULAMA'!

http://g-82.blogspot.com/2010/05/dap-antara-peluang-dan-ancaman.html

Salam Pencerahan Dahi!

Wa coba mengamati n3 terbaru si 1G, namun wa cukup kecewa bila isu tidak berkaitan dimasukkan ke dalam ulasan yang pada wa cukup longgar dan kurang ilmiah tuh!


Wa agak hangin dengan kenyataan lu neh;

"Jika ingin dibahas segala kupasan mereka (yang berfikrah UG), aku boleh membalasnya dengan hujjah. Bahkan, pada penilaianku, cara mereka mengemukakan hujjah tidak berasaskan kepada fakta. Ini kerana, kertas kerja yang menjadi asas pemikiran UG itu sememangnya wujud ditanganku sehingga kini, namun ia tidak berjaya disebabkan mendapat tentangan dari sebilangan besar pimpinan PAS itu sendiri."
-Wan Ji, 21 Mei 2010.


Laaa..wa ingat apa hujah yang hendak digunakan untuk hentak golongan yang kununnya berfikrah UG (?????), ropa-rupanya lu kata lu ada pegang satu KERTAS KERJA??

Lalu wa pun menggali dan mencari sebanyak maklumat mungkin bagi menghentam lu sebagai blogger bebas (yang terus terbabas!), bukannya seorang blogger Pas (wa anggap..huuhu)

Wa pun dapat satu n3 dari Polis Pencen yang sebenarnya telah lama menjawab lu punya auta! Rujuk: http://polispencen.blogspot.com/2009/06/dewan-ulama-kajianresearch-pembocoran.html

“usaha nak gabung dengan UMNO sememangnya wujud. sebab, ana sebelum ini adalah salah seorang ahli jawatankuasa badan kajian dewan ulama PAS pusat. sebarang kajian ana diminta hadir, tetapi kajian gabung dengan UMNO ana tidak dimaklumkan. Pun begitu, Allah maha besar, lagi maha hebat, kertas kerja itu telah ter e mail kepada ana...."
-Wan Ji, 3 Jun 2009


KERTAS KERJA yang lu duk canang dari dulu, kini dan selamanya (macam slogan Apco daaa..) itulah diulang-ulang, kununnya menjadi hujah lu yang adanya agenda Pas ingin bergabung dgn Umno!

Bhai...

Meh sini...meh sini dekat..dekat..wa kasi stori...

Kertas kerja yang dimaksudkan oleh lu, sebenarnya adalah satu bentangan dibuat oleh Ust Haron Din (sebab tuh lu berani hentak Haron Din, dan menjadi bahan kutukan kepada blogger celaka yang lain juga disebabkan lu punya pasal laaa..! Man Lombok dan lelain dengan selamber kodok aje hentam Haron Din!)

Ust Haron Din membentangkan kertas kerja itu dalam salah satu seminar ilmiah unit kajian Dewan Ulama' Pas suatu ketika dulu. Dan yang pasti lu dah tidak dijemput lagi ke Unit Kajian Dewan Ulama' kerana lu;

"tidak layak dan tidak amanah dalam memegang satu tanggungjawab. Research bukan untuk sebaran umum, kalau suka menyebar maklumat, membocorkan strategi patut sangat dia disingkirkan."
-sumber Dewan Ulama'


Lu tak pernah hadir sewaktu seminar kajian tersebut, lalu lu lelong cerita seolah-olah Pas dah nak masuk Umno bila-bila masa!

Bhai..

Meh wa ajar lu sikit pasal analogi..tu pun kalau lu mau dengar..huhuhuu

"Ada satu kilang arak berjenama BURBIKEN yang cukup mashur, tiba-tiba salah seorang pemilik kilang lontar cadangan, 'Apa kata kita jual BUDU sebagai produk baru kita, arak kena peram , budu pun kena peram haper...huhuhuu'. Logik...logik... Maka, satu seminar kajian dibuat dibawah Unit Kajian Sales Management, dan KERTAS KERJA bertajuk "KAMI MAHU JUAL BUDU PULA" dibentang oleh seorang pakar dalam kilang tersebut. Setelah sehari suntuk berseminar, bertentang pendapat dan berhujah di bilik seminar..Resolusi sewaktu seminar tersebut dikeluarkan, iaitu; KAMI MENENTANG PENJUALAN BUDU DI KILANG KAMI!



Ntah macammana, kertas kerja tere-mail kepada bekas AJK yang telah kena singgkir, dan dia tak pernah masuk dalam seminar tersebut dan tidak mengetahui langsung secara jelas keputusan atau resolusi seminar JUAL BUDU tadi.

Last-last besok, keluar n3 blog AJK yang kena singkir tadi, dari dulu sampai bila-bila duk kata; "KILANG ARAK AKAN MENJUAL BUDU TAK LAMA LAGI"!...
Buktinya, "aku ada kertas kerja tuh"..huhuhuu

p/s: kalau macam tu la gayanya, wa pun sokong lu kena singkir! Dah la ulasan separuh masak (mentah), tidak amanah pulak tuh!

Cipan++ & Adoka di'lembu'kan oleh Din Tantawi!


http://adukataruna.blogspot.com/2010/05/tantawi-kayu-ulama-melayu.html

Hahahahahahahhha!

Wa gelak lagi dengan Melayu bangang cap ayam serama mandol bila berjaya dilembukan oleh Din Tantawi pasal Demo Judi Bola 3 Julai!

Luowang sedap mulut mak bapak belah jiran lu je memain hentam tanpa soal siasat dengan Din tantawi...Kan kena lempang baru tau..huhuhu

Ni jawapan Din tantawi kat luowang yang kaki balun tanpa otak..huhuhu

"Kemuncak bantahan keras kita terhadap Judi ini ialah pada 3 Julai 2010 . Saya tidak silap dan salah tulis kerana itu yang telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatan kuasa Harian DPPP tempohari. Walaupun Bola sepak Piala Dunia telah bermula malah hampir tamat pada waktu itu [ 3 julai ] , namun perlu difahami bahawa lesen judi sukan yang diluluskan bukan hanya untuk Piala Dunia , tetapi untuk :


English Premier League ,

Spanish Primera Liga ,

Germany’s Bundesliga ,

Italy Series A ,

Uefa Cup

Champion’s League

English FA Cup


Tak kena cara , Liga Perdana Malaysia pun mereka angkat sekali . Ini target Berjaya Group nak buat duit hasil judi sukan yang diluluskan dan dianugerahkan kepadanya pada jangka panjang sedang Piala Dunia setakat 11 julai sahaja . Semua siri liga eropah tersebut akan berlangsung selepas tamat Piala Dunia nanti iaitu pada bulan August . Maka saya merasakan tarikh 3 Julai yang dipilih oleh Dewan Pemuda PAS Pusat tidak silap dan lewat tetapi sangat tepat dan sesuai .


Lagi pun , bukanlah kita hanya duduk diam membatu dan hanya banyak mengomel sementara menunggu 3 Julai tersebut , tetapi kita akan turun ke serata negara untuk menggerakkan kesedaran , kefahaman dan menjelaskan bahaya judi serta membangkitkan rasa semangat rakyat menentang kemungkaran . Tempoh sebulan untuk "warm up" adalah sangat bertepatan dan jangan gopoh"
-Din tantawi, 21 Mei 2010

Tuesday, May 18, 2010

Menjawab Onar 1G yang belum selesai!

Salam Pencerahan Usus!

Wa amat tertarik dengan isu berulang-ulang yang terus menerus dimainkan oleh penipu dan penyeleweng fakta untuk membuat onar sesama penyokong dan ahli Pas kesemuanya...

Wa perturunkan yang ini...
_____________________________________________________
Pertama:

projek 16 september tak jadi kerana Presiden PAS tak tandatangan surat persetujuan penubuhan kerajaan pakatan rakyat menguasai pusat, walau mursyidul am berkali-kali menyuruh presiden tandatangan. Punya Tak jadi projek itu, sampai tok guru marah kat mustafa ali, sbb mustafa ali keluar kenyataan dlm muka depan harakah cetak, kata 16 sep tak jadi.

Tengok klip video ini.

ucapan tok guru pasal 16 september

http://www.youtube.com/watch?v=PoJekP-vS1Y


Dalam pesta buku 2 tahun lepas [pelancaran buku bidadari dari timur], ana makan semeja dgn tok guru nik aziz. Analogi tok guru masa tu, "tupai ni kalau terlepas, susah dah kita nak tangkap".

Kedua:

Kerajaan perpaduan memang gabungan semua parti. Tetapi, ia adalah fitnah terbesar kpd pas, apabila ia tidak dibincangkan langsung dengan PKR dan DAP. yg adanya adalah perbincangan sulit dengan UMNO, tanpa pengetahuan PKR dan DAP.

Perbincangan sulit itu pulak, dinafikan kewujudannya diperingkat awal, tetapi terpaksa akui kewujudannya selepas pak lah kata ada sudah ada 3 kali. Dan presiden tulis dlm harakahdaily, bahawa kenyataan pak lah itu adalah benar.

Ketika itu, mahfuz dan hanifa maidin buat kenyataan minta maaf, sbb mereka berdua sebelum itu bersungguh2 nafikan wujudnya pertemuan sulit tersebut.

Persoalannya, kenapa pemimpin itu tipu? Apa hukum pemimpin tipu org bawahan? Bagaimana pula hadis ini;

إِذَا كَانَ عَلَيْكَ أُمَرَاءُ مَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ، وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، فَلَيْسَ مِنِّي وَلا أَنَا مِنْهُ، وَلا يَرِدُ عَلَى الْحَوْضِ، وَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَلَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ، وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ

maksudnya;
"Sekiranya wujud pemimpin di kalangan kamu; barangsiapa yang masuk terhadap mereka, dan membenarkan penipuan mereka, dan membantu mereka terhadap kezaliman mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku, dan aku bukan dari kalangan dia. Dia tidak layak masuk ke kawasan kolam, dan barangsiapa yang masuk ke atas mereka, dan tidak membenarkan mereka terhadap penipuan mereka, dan tidak membantu mereka terhadap kezaliman mereka, maka dia daripadaku dan aku daripadanya"

ketiga:

kita minta berlindung dengan Allah dari bersekongkol dengan parti zalim.. Dan harap, yg lepas kita lupakan. Kita buka lembaran baru.

Keempat:

Yg wajar kita persoalkan sekarang adalah, dimana kempen PAS ke arah memahamkan rakyat terhadap arak dan judi, terutama di negeri Pakatan Rakyat.

jika penerangan PAS mahu bantuan, ana bersedia membantu, walau ana tau [ramai yg bgitau] ustaz idris [ketua penerangan PAS] dok memburukkan ana di byk tempat.

kelima:

Ana tak kisah dikatakan bodoh oleh mereka yang tidak tahu fakta. memang kebiasaannya, orang yang tak tahu fakta ini akan kata orang lain bodoh.

Kita jangan salahkan orang yang tidak tahu fakta, kerana mereka mungkin berniat baik. tugas kita, bagitau fakta kepadanya, agar dia tidak dilihat bodoh oleh orang yang tahu fakta.

Sekian

2010 Mei 17 09:43
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

PUNCA PERPECAHAN DALAMAN PAS
--
PERTEMUAN SULIT

http://penarikbeca.blogspot.com/search?q=akhafu+al-darurain

Pak Lah akui

http://www.malaysiakini.com/columns/86573

Dato’ Mahfuz mohon maaf

http://gemasuara.blogspot.com/2008/07/surat-terbuka-mohon-maaf-daripada-ketua.html

kerajaan perpaduan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_perpaduan

presiden tutup sbb rakyat tak faham

http://www.youtube.com/watch?v=0yUCu_u5b9o

http://siasahdaily.blogspot.com/2009/04/titik-tidak-ada-lagi-kerajaan-perpaduan.html

nasharuddin Buka balik dalam pelancaran natrah

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

2010 Mei 17 09:45

_____________________________________________________

Wa jawab mana yang boleh...selebihnya luowang tambah le..huuhu

[1]

Projek 16 September 2008 yang telah diwarwarkan akan berlaku pertukaran kuasa dari Barisan kepada Pakatan sebenarnya mendapat pelbagai reaksi bukan sahaja pemimpin Pas, malah beberapa pemimpin Pakatan yang lain...

Kalaulah benar Presiden Pas tidak mahu menandatangani perjanjian itu, sila kemukakan bukti..bukan lu main sedap mulut tetuduh Presiden...kalau hanya sekadar mendengar dari Pak Bakaq atau Man Lombok....maka hancusss ler...

Namun, isu ini telah mendapat perhatian wakil Harakah, Zul Sulong, Sayuti Omar termasuklah Mat Lutfi untuk berdiskusi bersama Cikgu Pa, Pengarah Pilihanraya Pas diwaktu itu, tentang perkara sebenar. Lalu Cikgu Pa memberi reaksi berikut;

"Amat susah sekali untuk berlaku sedemikian, ada dua perkara penting kerana;
1. dari segi teknikal, ia sukar, kerana 16 September adalah sewaktu bulan puasa dan tiada persidangan dikala ini. Sesuatu perubahan mesti berlaku didalam Parlimen, jika tiada persidangan, bagaimana undi tidak percaya boleh dibuat (melainkan sidang khas yang mendapat kelulusan dibuat)

2. dari segi politiknya, cross-over ini adalah dari kerajaan kepada pembangkang. Ia amat sukar berlaku berbanding sebalinya..."

Itulah beberapa sedikit ulasan Cikgu Pa yang telah disorotkan oleh Harakah cetak keluaran di bawah...(16 SEPTEMBER GAGAL ???????? -ada tanda soal beb!)



Mat Sabu pulak lebih berpandangan 'tunggu dan lihat' pasal 16 September, tetapi beliau bercadang supaya Pakatan menguatkan negeri yang dikuasai...dan terus menyerang Umno yang semakin lemah! Beliau kurang yakin dengan mereka yang lompat kerana sewaktu dulu Pas pernah menghentam Semangat 46 kerana melompat masuk Umno...dan ia adalah sseusatu yang kurang sihat...Walaubagaimanapun beliau masih bersama dengan pendirian pimpinan tertinggi.

Nik Aziz mengulas muka depan tuh, tanpa membaca lebih detail berkenaan ulasan sebenar di dalamnya...

Tetapi yang pasti, oleh kerana semangat Ukhuwah pas yang tinggi, Cikgu Pa pergi berjumpa Nik Aziz dan menerangkan apa yang sepatutnya...



Dan Nik Aziz menganggap;

“Ada sekali-sekala ayah dan anak adalah (berbalah) tetapi tidak mengapa. Apabila kita berjumpa semula antara satu sama lain, keadaan sebenar dapat diperjelaskan. Ayah sayang kepada anak, anak hormat kepada ayah,” kata Nik Aziz selepas pertemuan untuk menjernihkan keadaan dengan Mustafa itu.


[2]

Kerajaan perpaduan menjadi fitnah besar, bukan disebabkan oleh idea itu, tetapi kerana adanya mereka ynag tidak faham dengan konsep tersebut...

Idea ini timbul setelah TG Presiden membahaskan titah Tuanku di Parlimen Mac 2009 iaitu sebelum berlakunya pertukaran kuasa Pak Lah kepada Najib...

Rujuk fakta ini: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019641&Itemid=108

Ia terang dan bersuluh yang sebenarnya, Ust Hadi ada membuat perbincanagn dengan PKR dan DAp sebelum ia disebarluaskan...Malah Khalid Samad pun pada asasnya bersetuju dengan cadangan ini, cuma agak kurang yakin yang umno berminat menyertainya...
Sila lihat ini: http://www.khalidsamad.com/2009/03/kerajaan-perpaduan.html


Tetapi oleh kerana ia juga hampir dengan beberapa pilihanraya kecil, maka media BN menggunakan tektik jahat yang mengatakan ia lebih kepada pergabungan pas dengan Umno...

Lihat penjelasan sebenar Ust Hadi..(rujuk pada minit 2:00)



Penipuan fakta telah berlaku di sini, Kerajaan Perpaduan (UG) tiada kaitan dengan perjumpaan sulit yang dinyatakan!

Perjumpaan sulit berlaku selepas PRU12 atas dasar initiatif JK Pilihanraya yang hanya melibatkan pemimpin tertentu dalam Pas , di ataranya termasuklah Husam Musa, mesyuarat yang berlaku di Kota Bharu...

Namun, Pak Lah telah memanggil wakil Pas untuk berbincang yang dihadiri sendiri oleh Cikgu pa, Ust Nasha ddan Khalid Samad (Wakil Pas Selangor)...

Tetapi TG Presiden tidak bersetuju dengan tawaran dan apa jua perjanjian dengan Pak Lah termasuklah mencadangkan agar Pas menjadi MB Selangor...

Malah TG Presiden menyokong penuh TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, dan menolak tawaran Pak Lah dan Khir Toyo, tetap terus bersama Pakatan Rakyat (Masa itu Barisan Alternatif)...


Perjumpaan seterusnya berlaku selepas diluluskan oleh Majlis Syura' dan ianay lebih kepada dialog biasa, jauh sekali untuk pembentukan kerajaaan.

Asasnya ia adalah rahsia parti, dan kenyataan penafian dan minta maaf dibuat oleh Mahfuz sewaktu itu sebgai Ketua penerangan. Dan artikel Hanifa bukanlah sebenarnya memohon maaf tetapi lebih kepada mengkritik pimpinan yang kununya berselindung di atas perjumpaan tersebut. Namun, kedua-duanya selesai setelah artikel 31 Julai 2008 ini keluar...
Sila rujuk.. http://peguampas.blogspot.com/2008/07/pas-tolak-tawaran-umno-tapi-terus.html

Tiada kes penipuan pun dalam hal ini, tetapi ia adalah tektik penafian yang menghadapi beberapa gossip dan SMS liar tentang perjumpaan tersebut..Itu strategi biasa dalam melayan gossip atau rumours dalam politik...

Tetapi disebabkan Pak Lah (mungkin kerana tidak berpuas hati dengan penolakan Pas terhadapnya!), keluar kenyataan di media perdana maka TG Presiden terpaksa menjelaskan beberapa perkara tersebut. Tiada isu pun siapa kena tipu atau ditipu!

Kehadiran pelancaran Novel Natrah telah dijawab oleh blogger Firestone, wa taknak ulang-ulang, nanti nampak sangat lu bebal..huhuhuu

[3]

Yea, wa pun minta perlindungan dari Allah dari fitnah-fitnah orang-orang yang keji dan munafiq!

[4]

pasal lu ngan Idris tuh lu settel sendiri la..tak yah la citer Ust Deris beburukan lu...apee daaa!

[5]
Kalau lu sendiri memutar belitkan fakta buat hape! tak guna jugak ada fakta!

p/s: Sudah la weh! Pimpinan banyak lagi tugas yang perlu dibuat dari melayan lu punya auta! Wa amek pendirian senang ajer...Itulah sebenarnya proses untuk mematangkan Pas kearah memegang tampuk pemerintah Malaysia neh!

Jangan banyak percaya dengan penipu dan kaki auta dari Pak bakaq, Man Lombok, blogger pro reform sperti Adoka dll. Stick pada kenyataan pimpinan dan selalulah bersangka baik!

Dan wa menganggap sesiapa yang percaya tipu fitnah yang pemimpin Pas nak masuk Umno, samalah seperti Lu percaya yang Anwar liwat si SaipoL!

Monday, May 17, 2010

TAHNIAH FAKAQ!


Wa sebagai wakil bloger pro-Ulama', nak ucap selamat Pengantin Baru kat Lu! bantai wa tetap bantai...tapi part ni wa nak conrats kat lu...

wa harap lu pun tolong carik calun kat 3.75G sekali keh! Tahniah! Jangan lupa datang berbulan madu kat Rhu-Sila...Lu dah langgar Timbalan Presiden, maka minggu depan lu bawak bini lu sekali langgar Presiden pulak di Rhu-sila lepas tu pegi pulau Kapas main laut sambil berbulan madu...dan berchandat sotong..huhuhuhuhu



p/s: lepas nih wa harap lu jaga badan laa sikit bhai....kurangkan makan KFC & fast food! Tapi kalau nak berbarbican sekarang kena bawak bini le pulak..huhuu

Saturday, May 15, 2010

MAN LOMBOK KATA HARON DIN HALALKAN JUDI BOLA?

http://www.malaysiawaves.com/2010/05/dato-harun-din-bersuara-dalam-isu.html

Bhai,

Wa tak tahu apa konsep propaganda yang lu pakai...Sampai lu sanggup hina dan keji ulama' sampai macam tuh! Propaganda tahap zionis! Jahat dan cukup celaka!


2 x 5 = 5 x 2, dua-dua kaki hentam Haron Din...

Kalaulah hanya kerana tiada kenyataan akhbar,lalu lu cakap owang tuh bersetuju dengan judi bola, maka sah...kawan wa cukup betol...Lu mengalami masalah mental yang amat teruk!

Sebabkan tak ada kenyataan akhbar pasal judi bola, maka Nik Aziz, Hassan Ali, Khalid Samad, dan banyak lagi pemimpin Pas jugak setuju dengan BN pasal judi bola...??????

Dan kerana mengikut fahaman lahanat lu tuh, maka dalam BN hanya Awang Adek sahajalah yang sokong judi bola...huhuhuu

Wa gelak guling-guling dengan propaganda bodoh lu itu!

One G: Masih keliru dan mengelirukan!

http://g-82.blogspot.com/2010/05/pas-perlu-ada-kempen-bahaya-arak-dan.html

Bhai,

Dalam 1G mencadangkan agar pas menguatkan kempen bahaya arak & judi...wa agak hangin bila lu mengelirukan pembaca dengan fitnah terhadap pimpinan pas sekarang..


Luowang boleh buat nilaian sendiri pasal ulasan bodoh si 1G tentang apa yang berlaku selepas 8 Mac 2008;

"Namun apakan daya, sejarah 8 mac 2008 dicemarkan dengan beberapa kesilapan buruk; iaitu bermula dengan isu ‘pertemuan sulit penubuhan kerajaan dengan UMNO’ yang menyebabkan berlaku penipuan terhadap ahli PAS khususnya; terhadap rakyat Malaysia amnya, dengan dakwaan tidak ada pertemuan, lalu ternyata ada pertemuan melalui kenyataan Pak Lah yang merupakan Perdana Menteri ketika itu, lalu diakui kesahihan dakwaan Pak Lah itu oleh pimpinan tertinggi sendiri.

Peliknya, mereka sanggup melakukan penipuan terhadap ahli PAS sendiri, tetapi percaya kepada pimpinan UMNO, yang sudah sekian lama menyerang PAS.

Rentetan itu, sebuk pula dengan isu Muzakarah, kemudian Muqabalah dan disudahi dengan Kerajaan Perpaduan [Unity Government] yang sekali dibuka, kemudian ditutup, kemudian dibuka balik pada pelancaran buku natrah, menyebabkan harapanku melihat islam memerintah di Malaysia dalam dua penggal Pilihanraya umum, hancur berkecai."
-Wan Ji, 15 Mei 2010


Ulasan bodoh di atas sudah lama dijawab oleh pimpinan, malah ia turut sama disentuh oleh blogger yang faham dengan etika berjemaah..

Wa nampak lu mempunyai jiwa sentimental tahap saipol raja liwat! Wa kata macam tuh kerana lu asyik mengulangi yang lu di'tipu' pimpinan pasal kununya perjumpaan gelap yang dihadiri oleh Khalid Samad jugak ingin menubuhkan kerjaan campuran dengan umno...Dan lu dengn jiwa sensitif mengungkitnya lagi walaupun ianya telah diterang dan diperjelaskan oleh pimpinan!

Wa khuatir terhadap kepercayaan dan keahliaan lu terhadap Jemaah Pas..Lu buat-buat tak faham, ataupun lu amat sombong dan takabbur sehingga tak mahu mendengar penjelasan pimpinan sendiri.


Lu masih mentah dalam perjuangan, dan lu mengambil penjelasan kununya dari 'orang-orang' lama dalam pas yang mengatakan Pas berpecah teruk kerana isu ini..Blaahh..lah beb! dari siapa lu dengar??OOwhhh..mungkin dari Pak Bakaq, yang menerima gelaran blogger celaka dari Nik Aziz...

Berhati-hatilah bhai, dalam mengucapkan sesuatu perkara...Jangan jadikan diri ini pembawa fitnah kepada jemaah...

Wa terpaksa jugak menurunkan sejarah "kepimpinan Ulama'" dan Siapakah Ust Fadhil & Ust Hadi sebelum Pas...yang dinukilkan oleh Ketua Penerangan Pas, dalam blog beliau; (wa harap bebudak muda dapat baca dengan tenang dan hati terbuka...)

"Golongan Ulama’ merupakan golongan yang lebih memahami Islam dan semangat menentang penjajah. Mereka jugalah yang banyak memegang peranan memimpin dan mengembangkan PAS di seluruh tanah air. Kekentalan Pas dengan doktrin agama dan politik yang tidak boleh dipisahkan telah mempengaruhi dan meresapi kuat ke dalam pemikiran parti Islam melalui wadah politik. (Zulkifli Muhammad, 1954: 13).

Oleh kerana Pas adalah sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar maka ia telah mendapat sokongan dari orang ramai terutama di kalangan tuan guru dan ustaz. Mereka ini adalah kelompok yang mempunyai penyokong di peringkat akar umbi. Ini dapat dilihat Presiden Pas yang pertama (dulunya Yang Dipertua Agung Pas) dipimpin oleh ulama’ atau sekurang-kurangnya golongan agama kecuali di zaman Dr. Haji Abas Alias. Tanpa diminta para pendukung dan ahli-ahli PAS telah meletakkan mereka sebagai pemimpin meskipun di dalam perlembagaan PAS yang awal tidak menyebutkan tentang kepimpinan ulama’.

Walaupun sebuah Dewan ulama’ sudah wujud pada peringkat awal, hampir sama dengan penubuhan Pas (Alias Muhamed, 1992: 94) tetapi agak kurang dalam menentukan dasar dan pembawaan parti.1 Kedudukan Dewan ulama’ hanya setanding dengan dewan-dewan lain yang tidak mempunyai autoriti yang besar. Ketuanya berada di dalam Dewan Harian bersama-sama dengan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Waktu ini kedudukan ulama’ dalam hiraki parti tidak dipandang sebagai kata pemutus. Sehinggalah terdapat desakan di kalangan ahli bahawa perlunya ulama’ ditempatkan dan diinstitusikan dalam parti PAS.(Harun Taib 2000: 4)

Beberapa fenomena telah berlaku dalam parti dan luar parti telah menuntut PAS melakukan perubahan kepimpinan yang lebih dinamik dan sesuai dengan tuntutan zaman. Ini telah menggerakkan Pas untuk mewujudkan kepimpinan Ulama’ bagi mengembalikan fungsi kewujudan PAS sebagai parti politik dan gerakan Islam. PAS melihat dekad-dekad kebelakangan ini semacam ada usaha untuk memencilkan peranan ulama’ di mana peranan ulama’ diletakkan di bidang ibadah sahaja. PAS berusaha untuk meletakkan Ulama’ di tempat yang sepatutnya seperti pada zaman kegemilangan awal dahulu.

Faktor-faktor kesedaran terhadap Islam sejak tahun 1970an telah menggalakkan munculnya pertubuhan-pertubuhan yang bergerak atas nama Islam dalam menjalankan aktiviti da’wah di seluruh negara. Badan dakwah yang lahir seperti ABIM,2 (Angkatan Belia Islam Malaysia) dianggotai oleh pelajar dalam negeri dan luar negeri untuk merealisasikan cita-cita perjuangan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah selain daripada itu terdapat pergerakan seperti Tabligh dan al-Arqam. (Chandra Muzaffar, 1978: 53-55)


Penglibatan tokoh-tokoh ABIM ke dalam PAS jelas selepas kekalahan PAS di Kelantan pada Mac 1978 ekoran surat Pak Muhammad Natsir (Ketua Umum Masyumi) kepada Datuk Mohd Asri haji Muda supaya ABIM menyelamatkan PAS (Subki Latif, 2003: 3)

Hubungan intim ini boleh dilihat ketika pilihanraya umum 1978, dimana beberapa tokoh besar ABIM. seperti Ustaz Fadhil Nor (waktu itu Timbalan Presiden ABIM) dan Ustaz Nakhaei Haji Ahmad Naib Presiden ABIM, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman (Bendahari ABIM), Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Yang Dipertua ABIM Negeri Terengganu) dan Ustaz Yahya Othman (Ahli Syura ABIM) telah bertanding atas tiket Pas. Dengan pembabitan mereka secara langsung dalam PAS telah membawa satu pembaharuan dalam jentera dan fikrah perjuangan untuk merealisasikan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.(Muhammad Abu Bakar, 1987: 147). Mereka mula membawa pendekatan dan mengenepikan sentimen nasionalisme Melayu kepada pendekatan Islam yang syumul dan bergerak sebagai sebuah gerakan Islam dan pembentukan sebuah Negara Islam yang tulin. (Esposito, John L., John O. Voll, 1996: 134, Abdul Ghani Ismail, 1987: 19) Pembabitan mereka dalam PAS menyebabkan pengaruh Dato’ Asri semakin merosot, terutama selepas jatuh Kelantan ke tangan Barisan Nasional pada tahun 1978.

Bibit-bibit perpecahan dalam PAS di bawah kepimpinan Dato’ Asri mula muncul berkaitan dengan keputusan beliau membawa PAS menyertai Kerajaan Campuran 1972,3 dan kemudian Kerajaan Barisan Nasional pada tahun 1974. 4 Tindakan ini menyebabkan Pas terbahagi kepada dua puak, pro dan kontra. Asri mendapat mandat untuk masuk BN dalam tahun 1974 melalui muktamar PAS, daripada 352 yang hadir, 143 sokong, 19 bekercuali dan 190 menentang (Alias Mohamed, 1978: 170. Mauzy, 1983: 75-84). Banyak dari kalangan orang penting telah meninggalkan parti seperti Ustaz Abu Bakar Hamzah (Setiausaha Agung), Amaludin Darus, Ahmad Fakhruddin (bekas Ketua Pemuda Pas Kelantan). Ada di kalangan mereka yang mengundi calon PSRM (Parti Sosialis Rakyat Malaya) atau calon bebas bagi menentang calan BN(Hussin Mutalib,1990: 109, D.K. Mauzy, 1983: 75-84, John Funston, 1980: 294) Kemenangan revolusi Iran turut juga mempengaruhi ahli PAS untuk menolak kepimpinan Dato’ Asri sebagai Yang Dipertua Agung dalam muktamar Tahunan ke 28.(Kamarudin Jaafar 2000: 5, Alias Muhamed, 1994: 178-179, Zambry Abd. Kadir, 1995: 310). Ahli-ahli Pas mengharapkan Yang Dipertua PAS Dato’ Mohd Asri dapat menunjulkan imej Islam yang jelas dalam menghadapi dasar penerapan nilai-nilai Islam Umno(Alias Muhamad,1984: 85-86). Ditambah pula suasana berpuak,5 memilih kawan dan kaum kerabat beliau dalam apa-apa jawatan atau calon pilihanraya telah menimbulkan rasa kurang puas hati atas kepimpinan beliau.(Kamarudin Jaafar 2000: 5). Faktor-faktor inilah telah melonjak untuk melihat bahawa kepimpinan beliau tidak relevan dengan semasa dan beliau perlu berundur dan diganti dengan pemimpin yang lebih dinamis.

Menurut Ustaz Hassan Shukri, sebenarnya semangat kesedaran Islam yang dibina melalui Gerakan Insaf,6 Gerakan Syuhada’7, Gerakan Seksi Pembinaan Mental (SPEM)8 antara 1968 hingga 1975 telah memulakan idealisme kepimpinan Ulama’ dalam parti. Begitu juga pada pertengahan 1970 an, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Ustaz Abu Bakar Hamzah yang berkrisis dengan Dato’ Mohd Asri Muda telah membangkitkan soal “pemimpin buta al-Quran” yang merupakan gagasan awal terhadap perlunya kepimpinan Ulama’ memimpin PAS (Abu Bakar Hamzah, 1989: 142). Menurut Ustaz Yahya Othman apabila peningkatan dan penyusunan tarbiyyah telah meningkatkan kesedaran terhadap keperluan PAS untuk dipimpin oleh Ulama’ .9

Bibit-bibit awal kearah kepimpinan ulama’ sudah nampak kelihatan apabila pada tahun 1978 Dewan Pemuda PAS telah meluluskan satu usul supaya pemilihan kepimpinan parti dilakukan secara syura dan Ulama’ diberikan kedudukan yang lebih penting. (Minit Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia 1978: 27-32, Kertas Muktamar Tahunan Pas Pusat Ke 25: 39:40) Usul ini dilihat seperti menyindir Datuk Mohd. Asri yang mengamalkan demokrasi terpimpin kerana dalam kepimpinannya Ulama’ duduk dikelas dua. (Husin Mutalib 1990: 111)

Usul ini telah dikemukakan oleh Ustaz Nakhaei Haji Ahmad dan diluluskan oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat. Maka Dewan Pemuda PAS Pusat telah membentuk Jawatankuasa Penapis yang dianggotai oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Ustaz Fadhil Noor, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan cikgu Mustafa Ali selaku lembaga penapis kelayakan calon. Mereka yang akan bertanding dalam Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat mestilah memenuhi kriteria keperibadian Islam, adil dan boleh berijtihad (Penyata Tahunan Dewan Pemuda PAS 1978-1979: 27-32).

Golongan muda dalam PAS telah mengatakan bahawa PAS diasaskan oleh para Ulama’ dan seharusnya para Ulama’ yang berkemampuan mewarnai gerakan dan haluan PAS dalam meneliti liku-liku politik negara( Nasarudin 2001: 36). Mereka melihat Dato’ Asri yang memimpin PAS gagal menunjukkan kemampuan untuk bergerak sebagai sebuah parti Islam malah ia tidak banyak beza dengan UMNO dari segi cita-cita Melayunya dan terdapat lagi beberapa orang pemimpinnya tidak memaparkan watak Islam. Kepada golongan fundamentalis pada ketika itu PAS tidak menepati kehendak atau idea sebuah pergerakan Islam(Rahman Shaari, 1983: 49).

Selepas daripada itu maka beberapa muhasabah awal diadakan terhadap punca kekalahan PAS di Kelantan sehingga beberapa pemimpin PAS Kelantan telah meletakkan jawatan kerana mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan tersebut.10 Beberapa usaha telah dibuat untuk meletakkan PAS di atas landasan perjuangan Islam yang sebenar11 dengan menterjemahkan kitab seperti Ma’alim Fi Attariq karangan Syed Qutb, beberapa karangan al-Maududi dan karangan Mohd Nasir Indonesia, beberapa terjemahan Hadis, Quran mengenai ayat jihad dan politik. Perkara ini dibincang di dalam usrah, maka muncul kuliah-kuliah Jumaat, kuliah haraki dan beberapa kegiatan tarbiyyah dan sebagainya. Namun begitu terdapat segelintir di kalangan pemimpin PAS memandang sepi usaha pembaharuan yang hendak meletakkan PAS di atas landasan yang betul. Oleh itu mereka berada di takuk lama sedangkan pengikut di bawah menghala ke arah harakah Islam yang syumul. Akibat daripada itu timbulah satu perselisihan di antara kedua-dua belah pihak. Sehingga mewujudkan satu gelombang yang besar dalam parti untuk menuntut perubahan12

Terdapat juga faktor krisis dalaman yang mempercepatkan proses kepimpinan Ulama’. Ini berlaku apabila pertandingan merebut jawatan Timbalan Yang Di Pertua Agung PAS Pusat antara Ustaz Haji Yusuf Rawa dan Ustaz Abu Bakar Umar. Di dalam pertandingan tersebut Ustaz Abu Bakar Umar telah tewas, walau bagaimana pun Dato’ Asri Haji Muda telah melantik Ustaz Abu Bakar Umar sebagai Setiausaha Agung untuk mengganti ustaz Nakhaei Haji Ahmad dan melantik Bendahari pula ialah Haji Hassan Muhammad seorang yang pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kerja Umno Malaysia.13

Tambahan pula Umno di bawah kepimpinan Dr. Mahathir Mohammad telah dikejutkan dengan satu dasar penerapan nilai-nilai Islam dengan melaksanakan projek Bank Islam ,Takaful , Universiti Islam dan banyak lagi projek-projek atas nama Islam.14 Dasar ini belum pernah dikemukakan untuk tatapan rakyat oleh pemimpin sebelumnya.15 Tetapi zamannya telah memberi satu gelombang baru pada pencinta-pencinta Islam untuk merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup. (Vidhu Verma, 2002: 95) Banyak orang yang telah tertarik dengan stail kepimpinan yang akan dibawa oleh beliau sebagai contohnya saudara Anwar Ibrahim16 yang begitu lantang mengkritik dasar-dasar kerajaan yang dianggap tidak Islamik semasa memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).(Ozay Mehmet, 1990: 49, Kamarudin Jaafar, 1986: 181, John Gullick And Bruce Gale, 1986: 272, Rahman Shaari, 1983: 10, Aziz Zariza Ahmad, 1988: 188, Chong Kek Yoong, 1987: 17, Hassan Haji Hamzah, 1990: 54-58).

Dalam pada itu hubungan Dewan Pemuda PAS dengan kepimpinan induk agak dingin terutama dengan Yang Dipertua PAS sehingga timbul dakwaan Dewan Pemuda menjadi parti dalam parti (Penyata Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat 1981-1982: 3).

Akibatnya beberapa rundingan diadakan untuk meredakan keadaan melalui setiausahanya Haji Ahmad Subki Abdul Latif dengan Dato’ Mohd Asri Muda tetapi gagal. Haji Mustafa Ali yang menjadi ketua pada masa itu merasakan bahawa Dato’ Asri sudah tidak berkemampuan lagi untuk memimpin Pas(Abdul Halim Mahmood, 1983: 21). Malahan beberapa lajnah (biro) dalam parti tidak memberi kerjasama yang baik kepada beliau seperti Setiausaha Agung, Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Ulama’ .(Mastika Jan 1983: 8-12)

Kemuncak di dalam tindakan untuk mengenepikan kepimpinan Asri secara drastik maka Dewan Pemuda PAS telah mengadakan Muktamar tahunan Ke 23 secara berasingan dengan Muktamar PAS Pusat, Perkara ini adalah satu tindakan yang luar biasa.17 Menurut Dato’ Mustafa Ali muktamar ini dibuat secara berasingan kerana sebagai satu isyarat untuk memprotes kepimpinan Dato’ Asri . Dengan ini Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat tidak dirasmikan oleh Dato’ Asri, sebaliknya dirasmikan oleh Ustaz Fadhil Mohd. Noor pada ketika itu menjawat sebagai Naib Presiden PAS. Sehingga hari ini peraturan itu diguna pakai, iaitu Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat diadakan secara berasingan dengan diawalkan sehari daripada Muktamar PAS Pusat.18 Tetapi mengikut yang tercatat kenapa Muktamar ini dibuat dahulu daripada Muktamar PAS Pusat ialah untuk membolehkan diadakan pameran selama dua hari untuk memeriahkan muktamar. (Minit mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pusat 12 Jun 1982: 4)

Tindakan yang dibuat oleh DPP telah menimbulkan kemarahan kepada kepimpinan lama tetapi mendapat sanjungan daripada order baru (golongan yang menyokong perubahan). Di dalam muktamar ini gagasan kepimpinan ulama’ dikemukakan.19 Menurut Sabki Abdul Latif usul ini dikemukakan apabila muktamar pemuda di Bukit Mertajam tidak ada usul, maka beliau selaku Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, pada waktu itu telah berbincang dengan Mustafa Ali, Wan Mutalib Embong di Rumah almarhum Hasan Salahudin Haji Khalil (AJK DPP Pusat) di Bukit Mertajam, apabila tidak ada usul maka beliau mencadangkan supaya usul mengenai kepimpinan Ulama’ dikemukakan dalam muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat dan diluluskan20.

Apabila muktamar PAS Pusat pada tahun 1982 berlangsung perwakilan Dewan Pemuda PAS telah menolak cadangan Jawatankuasa Agung PAS untuk melantik cikgu Sudin Wahab seorang penyokong kuat Dato’ Asri sebagai Pengerusi Tetap, sebaliknya mencadangkan Ustaz Kasim Ahmad sebagai pengerusi tetap. Dato’ Asri yang menyedari kemarahan perwakilan terhadapnya telah bertindak untuk tidak menyampaikan ucapan dasar pada hari pertama muktamar sebaliknya menyampai pada hari kedua 23 oktober 1982. Ini menyebabkan terdapat khabar angin bahawa perwakilan daripada Terengganu akan mengemukakan undi tidak peraya terhadapnya (Abdul Halim Mahmood 1983: 26) Para perwakilan melaungkan slogan “Murakbar Asri” sebelum beliau menyampaikan ucapan Dasar. Pada 22 Oktober 1982 Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengemukakan usul tentang kepimpinan ulama’ dan penubuhan Majlis Syura Ulama’ PAS. Dewan Pemuda PAS telah mengemukakan usul supaya ucapan dasar Yang Di Pertua Agung PAS ditolak. Ketiga-tiga usul ini diterima oleh muktamar dan menjadikan ucapan dasar Yang Dipertua PAS yang pertama ditolak dalam sejarah PAS. Dato’ Asri dan rakannya telah menghantar surat perletakan jawatan dan menyerahkan kembali kepada muktamar pada petang 22 Oktober 1982 dan Tuan Haji Yusuf Rawa dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS dengan laungan Allahu Akbar oleh perwakilan.21(Mohd, Fadli Ghani 2003: 149)



Ucapannya ditolak kerana seolah-olah mengiktiraf apa yang dibuat oleh Dr Mahathir Muhammad. Antara kenyataanya “isu bank Islam dan Universti Islam Antarabangsa adalah antara isu-isu besar yang dicadangkan dengan gegak gempita di seluruh Negara, tetapi ia tidaklah seharusnya menyebabkan kita merasa terperanjat dan terpesona, tetapi pada masa yang sama, kita tidak boleh bersikap negatif terhadapnya dan memandang sepi dan buruk belaka kepada apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain dan tidak betul belaka dan semuanya dari orang lain buruk dan tidak betul belaka. Sudah seharusnyalah segala anggapan dan tanggapan kita kepada semua masalah hendaklah dilakukan secara objektif dan jujur sejajar dengan tugas kita yang berjuang dan mencapai kebenaran dan berjuang menghayati ajaran Islam. Kita mengalu-ngalukan hasrat mana-mana pihak pun juga sekiranya mereka benar-benar hendak menjadikan parti mereka sebuah parti Islam yang mahu memperjuangkan cita-cita untuk melihat tertegaknya kedaulatan Islam di dalam Negara ini22(Dato’ Mohd. Asri Haji Muda, 1982: 5)

1. Kenyataan ini menyebabkan Dato’ Asri sebagai seorang demokrasi dan ahli politik yang tidak mahu mengambil pendekatan konfrantasi dengan pihak pemerintah. Pada beliau siapa yang buat Islam maka harus disokong.23 Tetapi langkah memuji apa yang dibuat oleh kepimpinan kerajaan dianggap berlawan dengan suasana kebangkitan dan semangat di kalangan anak-anak muda yang bersemangat untuk menghayati Islam yang syumul.Di tambah dengan kemarahan kepada UMNO yang berjaya menawan Kelantan daripada tangan PAS yang telah berkuasa 18 tahun. Dengan ucapan yang beliau buat telah menyebabkan perwakilan merasa tidak puas hati. Atas landasan inilah maka Dewan Pemuda PAS telah menolak ucapan dasar yang dibentang dan disokong oleh para perwakilan.

Dato’ Asri sebagai seorang pemimpin PAS yang lama tetap juga merasakan bahawa ia tidak menerima peristiwa yang berlaku di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ketika beliau berucap di Kota Bharu beliau menyatakan antara lainnya bahawa terdapat satu golongan dalam PAS yang cuba merosak dan menghancurkan parti, bahawa golongan ini cuba membawa semangat revolusi Iran ke negara ini, bahawa golongan ini mahu melihat PAS mencapai kejayaan di dalam masa yang singkat, bahawa disebabkan desakan golongan ini beliau terpaksa meletakkan jawatan, bahawa beliau masih tetap menjadi ahli Pas walaupun setelah meletakkan jawatan bahawasanya sekiranya orang mahu menyingkirkan beliau, maka akan bertemulah buku dengan ruas(Utusan Melayu, 19 Nov 1982: 2).


Akibat keyataan itu maka Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 Januari 1983 telah memutuskan untuk mengambil tindakan tatatertib yang berkuatkuasa mulai dari hari itu keatas tiga belas orang. Tindakan disiplin yang diperuntukan dalam Perlembagaan telah menyebabkan dua dari ahli kumpulan 13 telah dipecat, lapan lagi digantung keahlian mereka di dalam PAS, manakala tiga yang lain hanyalah sekadar diberi amaran. Mereka yang dipecat ialah Dato’ Haji Ishak Lotfi Omar, Dato’ haji Nik Abd Rahman pada waktu itu sebagai bendahari dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak yang dikatakan untuk membela nasib Dato’ Asri Muda. Mereka yang telah dikenakan tidakan pergantungan keahlian adalah terdiri dari Haji Hassan Muhammad, Haji Mohd. Amin @ Abdul Hamid Salleh, Dato’ Asri haji Muda , Haji Mohd Fakaharudin Abdullah, Haji Salahudin Abdullah, Haji Sha’ari Awang Ali, Haji Wan Ismail Ibrahim dan Haji Zahari Awang. Mereka yang telah dikenakan tindakan memberi amaran terdiri daripada Haji Mohd Zin Abdullah, Haji Wan Ibrahim Wan Abdullah dan Wan Sulaiman Ibrahim. (PAS/PA/0122(68) bertarikh 10 Rabiul Akhir 1403/24 Januari 1983)

Apabila DatoِAsri tidak lagi memimpin Pas tahap fundemantalisnya berubah di bawah Ustaz Haji Yusuf Rawa, Ustaz Fadhil Noor dan retorik Naib Presidennya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. PAS selepas Asri cuba mengubah pandangan bahawa PAS bukan Asri dan Asri bukan PAS.24 Pemimpinnya cuba membuktikan bahawa PAS mampu berjalan di atas landasan yang ditegakkan sejak penubuhannya lagi.25 PAS telah memasuki era baru yang lebih terbuka sesuai dengan peredaran zaman. Malah amat tepat jika kita katakan kepimpinan beliau mendapat nafas baru dengan perubahan kepimpinan tradisi agar PAS benar-benar menonjolkan cita-cita Negara Islam seperti yang digariskan oleh perlembagaan PAS dan sesuai dengan roh gerakan Islam. (Kamarudin Jaafar, 2000: 5) Sekarang PAS cuba merealisasikan ia sebagai sebuah Harakah Islamiah yang unggul di negara ini, mampu menghadapi suasana dan ancaman semasa. Pimpinan Ulama’ telah membuka mata masyarakat bahawa PAS mampu menjadi alternatif di negara ini. Beberapa perwakilan dihantar untuk berjumpa dengan pelajar Malaysia di Timur Tengah, USA, Australia, United Kingdom. (Hussin Mutalib, 1990: 113, Haji Mohd. Fakhruddin Dato Haji Ghazali, 2003: 41, Kamarudin Jaafar, 2000: 5)

Dewan Pemuda Pas yang mempelopori kepimpinan ulama’ pada tahun 1982 merupakan kumpulan pertama mengadakan baiah dengan kepimpinan ulama’ dalam Muktamar Tahunan Pas Ke 28 pada 23 Oktober 1982 (Penyata Tahunan Dewan Pemuda PAS 1982-1983: 2) Pada 4-6 Mac 1983 Dewan Pemuda Pas Pusat telah menganjurkan Tamrin Kepimpinan Ulama’ di Temerloh yang bertujuan untuk memahami ahli-ahli dewan mengenai konsep kepimpinan ulama’. Tiga kertas kerja yang dibentang iaitu Konsep Kepimpinan Ulama’, Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Struktur dan Bentuk Majlis Syura oleh Ustaz Nakhaei Haji Ahmad dan Peranan Ulama’ Dan Belia di negeri-negeri oleh Ustaz Ramli Mohammad (Penyata Tahunan Dewan Pemuda PAS 1982-1983: 3)

Penampilan golongan Ulama’ meperjuangkan isu sejagat dan merentasi sempadan bangsa, agama dan geografi, “perjuangan umat Islam seluruhnya yang dipimpin oleh harakah Islamiah perlu mengkaji semula pendekatannya supaya perjuangan Islam tidak hanya melingkari batasan kehidupan orang-orang Islam sahaja. Bahkan Gerakan Islam hendaklah berani tampil ke hadapan membicarakan masalah manusia seluruhnya, sesuai dengan sifat dan risalah Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam. Pendekatan yang tertutup sebenarnya tidak serasi dengan tabiat risalah Islam yang universal itu”. (Haji Yusf Rawa 1985: 57)

Jelaslah dibawah kepimpinan Ulama’ , PAS telah memasuki era yang lebih terbuka sesuai dengan peredaran zaman. Malah tepat kalau kita nyatakan bahawa di bawah kepimpinan Ulama’ PAS mendapat nafas baru yang lebih radikal dengan pendekatan baru untuk menegakkan cita perjuangan.26


Apabila kepimpinan Ulama’ dilaksanakan maka terdapat tuduhan PAS telah mengimport revolusi Iran.27 Maka terdapat tuduhan bahawa kepimpinan Ulama’ dalam PAS telah mengambil corak apa yang dilakukan oleh Ulama’ Iran. Menurut Datuk Asri PAS telah terpengaruh dengan Iran

“…..the new Pas leaders were obsessed with the idea of shi’ite rule and would adopt the Iranian system by violent means if necessary” (Asia Week 3 Dis 1982: 7) “……sikap ekstrim yang dilahirkan oleh setengah kalangan, terutama di kalangan Dewan Pemuda PAS yang telah mengadakan muktamar tahunanya secara berasingan di Bukit Mertajam, dan pro revolusi Iran telah berjalan dengan rancak sekali dan merebak dengan cepatnya kedalam sebuah organisasi PAS sehingga tidak mampu dibendung lagi. Demikian pula suasana yang berlaku dalam muktamar tahunan PAS dengan menunjulnya revolusi Iran yang dilaung dan dipamerkan (Asri 1993: 114, Mastika Januari 83: 8-12, Utusan Malaysia 2April 1982: 2)



.

Dewan Pemuda Pas yang mempelopori kempimpinan ulama’ telah mengadakan lawatan rasmi ke Iran sebagai mewakili gerakan Islam di Malaysia untuk mengiktiraf kejayaan kepimpinan ulama’ di Iran. Rombongan ini disertai oleh Haji Subki Abdul Latif setiausaha Dewan Pemuda Pas dan dua orang ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat Ustaz abu Bakar Chik dan Ustaz Suhaimi Haji Ahmad (penyata Tahunan Dewan pemuda PAS, 1981-1982: 6). Pada bulan Jun 1982 sekali lagi Dewan pemuda Pas mengadakan lawatan ke Iran dengan diketuai oleh Mustafa Ali dan Mohd Rusdi Arif untuk meninjau keberkesanan kepimpinan ulama’(Penyata Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat, 1981-1982: 6).

Hasil daripada lawatan inilah Dewan Pemuda membuat rumusan bahawa ulama’ mempunyai kekuatan tersendiri dalam memimpin umat Islam dan Gerakan Islam di Malaysia. Dan Pas juga perlu kepada ulama yang memimpin kalau hendak menarik sokongan. Menurut Subki Latif28 lagi bahawa kepimpinan Ulama’ bukan terpengaruh dengan Iran. Tetapi ia lahir dari rasa kebimbangan kepimpinan PAS yang dipimpin oleh Dato’Asri yang bertindak sebagai kepimpinan peribadi tanpa membincangkan satu perkara yang besar dalam parti. Kesemua ini berlaku kerana yang memimpin Pas bukan dari kalangan ulama’.

Apabila soalan ditanya kepada Fadhil Noor apakah Pas hendak ikut Iran? Beliau menjawab kita akan ikut negara yang pegang polisi al-Quran, Hadis, Ijma’ Ulama’ .(Mastika Jan 83: 17) Pemimpin Umno menuduh Pemimpin PAS suka pergi ke Iran maka Haji Hadi jawab “we go every where we see every body and we talk about all things” (New Strait Times 13 November 1983: 4)


Sungguh pun begitu Pas menyifatkan mereka hanya menjadi perjuangan Ulama’ Iran sebagai sumber aspirasi sahaja dan tidak lebih daripada itu. Ini dapat dilihat dari kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyifatkan perjuangan Ulama’ Iran sebagai pemimpin Islam yang perlu dicontohi malah beliau turut mengakui sering mendengar meniru ucapan pemipin Iran itu.(Dunia Islam Feb 1995: 19)

Sungguhpun begitu adalah sukar untuk mentafsirkan perjuangan PAS diresapi semangat dari Iran kerana dalam banyak perkara suasana di Iran dan di Malaysia adalah jauh berbeza. Ini diakui oleh Yusuf Rawa, bahawa memang apa yang berlaku di Iran memberi rangsangan kepada PAS tetapi revolusi tidak sesuai untuk di import ke Malaysia(New Strait Time 4 Jan 83: 5)

Oleh kerana ada kelainan corak pembawaan daripada sebelumnya maka dijawab oleh Ustaz Haji Yusuf Rawa,

“tidak ada perbezaan PAS dahulu dan sekarang cuma PAS sekarang hendak mempraktikkan undang-undang tubuhnya, dahulu tidak berapa jelas. Ini merupakan matlamat utama PAS kearah pembentukan sebuah pemerintahan Islam”.(Sarina Jun 1986: 10)

Begitu juga sukar untuk membuktikan PAS telah menerima doktrin Syicah dalam perjuagan mereka. Tindakan PAS memecat ahlinya yang disyaki terlibat dengan kegiatan Syicah membuktikan PAS tidak mahu dikaitkan dengan ajaran syicah. Seramai lapan orang ahli PAS di Perak telah diambil tindakan tatatertib iaitu Ustaz Ahmad Jildbaz Mukhlis bin Mokhtar Ghazali, Sdr. Munawir Mahmud, Sdr. Mohd Zain b. Abdul Rani, Saudara Ariff Muhammad, Saudara Shamsuddin Razali, Saudara Zulkifli Said dan Saudara Razali Kassim(PAS/PA/1.06/1.03/97-98(8) bertarikh 12Zulhijjah 1418/9 April 1998)

Bagi mengesahkan kepimpinan Ulama’ di peringkat PAS Pusat maka pindaan Perlembagaan PAS dibuat dalam Muktamar Tahunan Agung PAS Pusat yang ke 29 pada pada 29 April 1983 telah meluluskan pindaan Perlembagaan PAS bagi menubuhkan Majlis Syura Ulama’ .29 Pindaan ini kemudian diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 18 Mac 1987 bagi membolehkan seorang Mursyidul Am dilantik(Perlembagaan PAS, Fasal 7, 1987: 4-9). dan Ustaz Haji Yusuf Rawa dilantik sebagai al-Mursyidul Am Pas pertama pada Nov 1987 (Harakah, 27 November 1987: 1)


Majlis ini berfungsi sebagai badan yang memantau dan mengawal agar perjuangan parti terus selari dengan syariat Islam. Ustaz Haji Yusuf Rawa menegaskan penubuhan ini untuk mengembalikan peranan Ulama’ sebagai pemimpin ummah dan segala dasar, segala keputusan parti akan sentiasa berpaut kepada ajaran Islam dan tidak akan keluar daripada panduan dan bimbingan mereka (Yusuf Rawa, 1987: 18)."


p/s: Bhai..ropa-ropanya puak task force 13 dah wujud dah masa tuh..huhuhu

28 Mei 2010: Pro-Reform vs Pro-Ulama'!

http://adukataruna.blogspot.com/2010/05/tarikh-langgar-hadi-jatuh-pada-28-mei.html

Bhai..

Salam Pencerahan Kulit!

28 Mei 2010, jatuh pada Hari Wesak, hari kebesaran penganut Buddha, bakal mencatat satu sejarah ke dalam buku Tawarikh Malaysia untuk bebudak darjah 5, tahun 2310...huhuuuu Tarikh ni Adoka amek untuk 'melanggar' Hadi di Rhu-Sila, bumi bertuah...

Surat terbuka yang ditulis dalam MS Words 2007, di'copy-paste' ke dalam blog suram lu, dengan isu yang berulang-ulang...Tak de hujah yang mantap, tetapi berunsur merapu penuh dengan madah berhelah..huhuu...DALIL dan HUJAH, zero! Yilleyyyrkk!

Isu Kepimpinan Ulama' dalam Pas..

Lu tak pernah dan tidak akan faham tentang sejarah terbentuknya konsep 'Kepimpinan Ulama' dalam Pas, selagi lu masih prejudis dan menjadikan 'mereka' yang lu gambarkan itu sebagai sumber inspirasi. Wa boleh bongkarkan siapa 'Pak Bakaq' (penarek Beca -yang telah digelar blogger celaka oleh Nik Aziz), Hisyam Rais (Tukar Tiub), Mat Saman Kati dan Poji Black Metal (Topeng Perak)...dan yang pasti mereka bukannya ahli pas!



Konsep 'Kepimpinan Ulama' sebenarnya telah mengembalikan asas penting dalam memacu ahli dan pemimpin yang terasnya Al-Qur'an, Hadith, Ijma'...Ini antara isi penting bagi mendasari perjuangan ahli dan pemimpin! Luowang boleh baca lebih detail dalam banyak website pas...Luowang gugel sendirilah...

Dan wa rase Adoka bukan budak bodoh, tak tahu sejarah 'kepimpinan ulama' (KU), cuma bezanya usul ini diasaskan oleh owang Pas, dalam pas..dan disokong serta didokong oleh Pemuda Pas masa tuh, tahun 1982...bagi menyanggah cara kepimpinan Dato' Asri yang dilihat cukup liberal dan menjurus kepada menyokong pendekatan Mahathir, PM sewaktu itu...

Sekarang, usul bodoh agar menafikan konsep kepimpinan ulama' dibuat oleh owang bukan Pas, owang luar yang kununnya taat dan pengundi pas, tapi bukan ahli...huhuu..(Mungkin akan sekadar masuk Dewan Himpunan Penyokong Pas aje...kut)


"wa tengah fikir, apa pulak cadangan untuk pas dari amoi nih..huhuhu"

Hadi dipilih oleh perwakilan yang faham konsep KU, kedudkan ulama' dipandang mulia oleh kami...selaku ahli Pas. Ketaatan kami menyimpulkan yang asasnya rujukan Al-Qur'an dan Hadith, menyebabkan kami dan pimpinan masih setia dengan Pas, walau apa yang berlaku!

Gerakkerja lu menunjukan lu sendiri tidak mengharap apa-apa kepercayaan dari PKR atau DAP, yang boleh dikatakan melompat dan bertukar fikiran bila-bila masa bila di'bayar'! Dan tarbiyyah Pas beserta konsep yang baik inilah menyebabkan ahli dan pemimpin masih tetap bersama Pas!

Dalam konsep KU juga diperkenalkan Wala'..dan baiah...yang amat ditakuti dan dipandang hina oleh luowang yang islamnya sekadar sembahyang bila perlu dan layan islam bila perlu jugak...

Kerana 'memakan' pil wala' serta berbai'h lah menjadikan juga kami masih kuat bersama kepimpinan kami...tanpa berbelah bahagi!

Kita tidak mahu owang yang banyak songeh, tapi malas bekerja...banyak berteori, tapi malas bersama jemaah, bersama berprogram..tapi siang-malam duduk depan laptop mengkritik seolah-olah diri sendiri ini maksum!

Menjatuhkan Hadi...

Pada wa, menjatuhkan Hadi dan memburuk-burukkan Presiden Pas, dengan citer bodoh dan fitnah bukan-bukan adalah satu strategi dan tektikel Yahudi paling banggang di abad ini! Hadi adalah elemen penting dalam Pakatan, dan ia membawa perjuangan Pas bersama Pakatan, itu lu kena faham!

Menjatuhkan maruah Hadi dan menghentam di atas isu yang bukan-bukan wa rase Lu pun ada niat nak jatuhkan pakatan macam Umno-Apco ingin lakukan...

Kalaulah lu boleh cakap,"Owang yang Umno tak tembak, maksudnya Umno pun setuju dengan pemimpin tuh.." wa rase lu silap besar bhai!

wa pun boleh cakap, apasal apa umno tak bantai hadi?...sebab Umno dah ada golongan blogger celaka macam puak-puak lu, jadi buat ape Umno bersusah payah abis tenaga menentang Hadi, Presiden Pas...huhuhuuh Lu dah buat lebih baik dari Umno haper...huuhu

Projek Langgar Hadi..



Wa nak join kalau ada masa....mungkin wa datang 28 Mei 2010, lu kontim ngan Songkok Puteh dan geng Ganu betul-betul bhai....Lu jangan mengecewakan wa..!