
Babi -adalah satu makhluk ciptaan Allah SWT, sifatnya yang tidak sabar, menyondol mengikut perasaaan tanpa berfikir. Haloba, dan cepat melenting....mungkin manusia juga berperangai macam ini???
"Dahulu, exco PAS nak jatuhkan Tan Sri Khalid, sehingga berlaku isu lembu yang tidak sepatutnya berlaku. Memang bangsat exco PAS itu."
-Wan Ji, 28 Jun 2010.
PAS Selangor sokong sepenuhnya pelantikan Khalid sebagai MB baru - Dr Hasan Ali
SHAH ALAM, 14 Mac (Hrkh) - PAS Selangor menyokong sepenuhnya pelantikan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, kata Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Dr Hasan Mohd Ali.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media khas di Pejabat Perhubungan PAS Selangor di Pusat Perniagaan Worldwide di Shah Alam hari ini.
Turut serta ialah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ir Khalid Samad, Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip, Adun-adun PAS Selangor, ahli Parlimen termasuk Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja).
Mengulas lanjut Dr Hasan Ali berkata, PAS Selangor berikrar dan berazam untuk memberikan kerjasama kepada Khalid bagi membolehkan pentadbiran negeri berjalan lancar dan rancak di bawah pimpinan beliau.
"PAS Selangor menegaskan kami akan sentiasa memberikan dokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pakatan KeADILan, DAP dan PAS dalam membentuk kerajaan bagi mentadbir negeri," ujarnya.
PAS Selangor juga akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan pakatan ini terus stabil dan mantap bagi menjana kecemerlangan pentadbiran kerajaan BA Selangor, kata Dr Hasan.
Selain itu Dr Hasan turut menyeru semua ahli PAS supaya bertindak mengikut proses undang-undang dan tiada sebarang kerja merampas, ambil alih kuasa atau pecat mana-mana pihak yang berlainan pegangan politik.
Semua ahli katanya diminta untuk bersabar, bertenang serta bertindak dengan penuh hikmah.
PAS Selangor juga bersetia akan melaksanakan program-program berkebajikan sesuai dengan tawaran BA dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, katanya.
Untuk itu katanya, sebagai Pesuruhjaya beliau akan mengarahkan ahli Exco dan Adun PAS memotong sejumlah 30 peratus elaun asas mereka setiap bulan bagi membantu golongan berpendapatan rendah di sini.
"Hasan Ali laung keyakinan jika Khalid bertanding: Terdahulu sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya yakin Barisan Alternatif (BA) boleh menang jika Khalid Ibrahim bertanding di Dun berkenaan." Harakah, 2008
"Harakahdaily mengambil inisiatif bagi mengenalpasti siapakah mereka yang terlibat itu. Terbukti, hampir kesemua mereka adalah pemimpin Umno Selangor dan tempatan iaitu Seksyen 23." -Harakahdaily 2 September 2009.
"...satu kerosakan yang teramat besar pasti akan berlaku, sekiranya yang mengatakan UMNO sudah menjadi baik kearah Islam itu adalah seorang tokoh dari gerakan Islam.
Apabila keadaan ini berlaku, tidak hairan kejadian kemasukan ulama muda kepada UMNO, berpunca dari kenyataan yang dibuat oleh ulama tua yang dilakukan sebelum ini." -Wan Ji, 28 Jun 2010.
"Apa yang berlaku ialah anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku. Dan tidak lagi menghina hukum-hukum Islam, tidak ada lagi budaya dalam Umno. Ini kejayaan yang dapat kita (PAS) laksanakan. Ini kejayaan dakwah yang kita (PAS) sampaikan bagi menyedarkan umat kita, bangsa kita dalam perkara (batas iman dan kufur) ini. Sepatutnya, kita tidak boleh bertelingkah dalam masalah ini dan PAS sendiri pernah minta diadakan muzakarah secara ilmu.
Dalam PAS ada Majlis Syura Ulama’ PAS dan dalam Umno ada Biro Agama Umno. Dan kerajaan sendiri mempunyai Majlis Fatwa, ada mufti-mufti dalam kerajaan, ada IKIM ada macam-macam. Jika dalam Umno ada mereka yang membawa ijazah PhD dalam bidang Islam. Dalam PAS juga ada dan dengan sebab itu perbincangan secara ilmu adalah penting.
Walau pun demikian, saya melihat telah berlaku anjakan paradigma dalam Umno tidak lagi mengatakan agama berpisah dari politik. Ini satu perubahan yang positif dan apa yang penting kita terjemahkan secara praktikal dan dilaksanakan dengan cara yang baik. Antaranya, sekurang-kurangnya memberi ruang kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh PAS dan Pakatan Rakyat.Tidak ada gangguan-gangguan dari segi semangat federalisma." -TG Hj Hadi, 19 Februari 2010.
Mungkin Penasihat Politik beliau, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ke hulu ke hilir makan angin di luar negara sampai terlupa memberi nasihat yang bernas kepada Sang Murabbi kita semua ini..
-Fakaq, 23 Jun 2010
Tuan Guru berkata "Saya memang belajar di universiti Wahabi, dapat biasiswa Wahabi," katanya sambil tersenyum.
"Tetapi saya ada pandangan saya sendiri,” jelasnya lagi.
-Harakahdaily, 23 Jun 2010.
Maksud Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Al-Hujuraat:10)
Gambar dari blog Ust Ahmad Awang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Melafazkan Takbir
Pada hari Isnin, 28 Jamadil Akhir 1430H bersamaan 22 Jun 2009 kira-kira jam 6.20 petang, tamatlah riwayat isu Kerajaan Perpaduan dalam diari semasa politik PAS. Saya dan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa sahabat pimpinan melafazkan “Takbir” sebaik sahaja Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) selesai membaca kenyataan bertulis beliau kepada para pemberita dan jurugambar media yang bersesak-sesak di bilik Mesyuarat Utama Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Kenyataan tersebut dikeluarkan sebaik saja tamat Perjumpaan Khas yang dipengerusikan Mursyid Am PAS itu yang berlangsung selama kira-kira satu jam bermula kira-kira 5.20 petang. Bagi saya, kenyataan TGNA itu adalah “talqin” ke atas jenazah isu Kerajaan Perpaduan itu.
Kenyataan penuh TGNA seperti berikut:
Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam Perjumpaan Khas yang diadakan di Pejabat Agung dalam semangat kekeluargaan menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa yang dibesar-besarkan oleh media perdana. Kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku di antara Pimpinan Atasan Parti akibat daripada permainan politik murahan UMNO.
Kami bersama-sama dalam satu saff yang padu untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanahair.
Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik Kerajaan Perpaduan diberhentikan serta merta sepertimana telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Bangunan Parlimen jam 2.30 petang tadi yang menolak sepenuhnya idea Kerajaan Perpaduan.
Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyid Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi.
Kenyataan tersebut dibuat setelah hampir kesemua mereka yang menghadiri Perjumpaan Khas itu memberi pendapat atau penjelasan masing-masing bersabit dengan isu Kerajaan Perpaduan yang menjadi topik panas berikutan dari kenyataann media Presiden PAS semasa Muktamar ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Mesyuarat Khas berkenaan dipanggil oleh TGNA selaku Mursyid Am. Mereka yang dijemput hadir ialah Dato' Seri Presiden TGHHA, Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib-naib Presiden Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Dato' Mahfuz Omar, Dato' Harun Taib (Ketua DU), Ustaz Nasaruddin Hassan (Ketua DP) dan Ustazah Noridah Salleh (Ketua DMPP). Hadir juga Dato' Dr. Harun Din (Timbalan Mursyid Am), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (SU Majlis Syura) dan saya sendiri tanpa membawa apa-apa jawatan (tetapi saya masih ahli Majlis Syura).
Pertemuan di Rumah Seri Kelantan
Perjumpaan Khas itu dipanggil oleh TGNA selepas beliau berbincang dengan kami bertiga, saya, Dr Harun Din dan Ustaz Ghani Shamsuddin dalam satu pertemuan dengan beliau pada hari Jumaat 19 Jun 2009 jam 8.00 malam di rumah Seri Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Dalam pertemuan tersebut TGNA meminta pandangan kami bagaimana hendak “mematikan” isu Kerajaan Perpaduan dengan serta merta. Menurut beliau isu itu menjadi modal UMNO dalam kempen di Manek Urai yang sudah berjalan dengan rancaknya selama 2 minggu. UMNO menyeru para pengundi Manek Urai supaya tidak perlu lagi menyokong PAS kerana PAS akan bergabung dengan UMNO dengan terbentuknya Kerajaan Perpaduan yang dirancangkan.
TGNA menjelaskan sebab-sebab yang "memaksa" beliau mengeluarkan kenyataan yang begitu keras terhadap Timbalan Presiden. Namun beliau memberi jaminan kepada kami akan menarik balik kenyataan yang keras itu sekiranya semua Pimpinan Tertinggi PAS bersepakat sebulat suara “mematikan” isu Kerajaan Perpaduan itu.
Pertemuan kami pada malam itu berakhir dengan keputusan supaya diadakan segera Perjumpaan Khas Pimpinan Tertinggi yang dihadiri oleh mereka yang berkenaan seperti yang disebutkan di atas. Paling mustahak TGNA mahu supaya Ustaz Nasharuddin tidak menguzurkan diri. Dr Harun Din diberi amanah menyampaikan hasrat penting Mursyid Am itu kepada Ustaz Nasharuddin.
Suasana Harmoni dan ukhuwah
Alhamdulillah, semua yang dijemput termasuk Ustaz Nasharuddin hadir dalam Perjumpaan Khas yang dipanggil oleh TGNA itu. Perbincangan dalam perjumpaan itu berjalan dalam suasana harmoni dan penuh ukhuwah serta saling memahami pandangan dan penjelasan mereka yang hadir. TGNA memulakan perbincangan dengan menerangkan sebab-sebab dan tujuan beliau mengadakan Perjumpaan Khas itu. Beliau menjelaskan punca-punca sebenar mewajarkan kenyataan keras beliau yang dibuat terhadap Ustaz Nasharuddin. Selepas mengikuti penjelasan Presiden dan Timbalan Presiden, kami yang hadir dapat memahami bagaimana lontaran idea Kerajaan Perpaduan itu boleh menjadi ribut dan gelombang besar, padahal sepatutnya ia sudah berlalu menjadi perkara akademik sahaja.
Saya turut memberikan pandangan antara lain menegaskan bahawa isu Kerajaan Perpaduan adalah suatu ujian Allah ke atas Kepimpinan Parti. Parti seolah-olah sebuah bahtera dilanda ombak besar semasa belayar menuju pelabuhan. Dengan “mematikan” isu ini, walau apa pun senario dalaman dan luaran sebelumnya, Parti akan selamat dan hubungan antara Kepimpinan Jamaah akan bertambah kukuh dan bersatu padu. Saya mengingatkan kepada perpaduan parti waktu ditinggalkan oleh Allahyarham Ustaz Dato' Fadhil Noor yang berkebetulan tarikh 22 Jun 2009 adalah genap 7 tahun Allahyarham meninggal dunia. Saya merasa agak terharu seketika apabila Ustaz Nasharuddin sebak beberapa saat semasa meriwayatkan urutan peristiwa yang membawa beliau menjadi sasaran utama dalam isu ini. Ustaz Nasharuddin menjelaskan kedudukan peranan beliau dalam isu Kerajaan Perpaduan yang sepatutnya tidak menimbulkan kekeliruan dalam parti melainkan kerana ianya dipermainkan oleh media massa alat/pro UMNO.
Saya juga benar-benar dapat merasakan betapa besarnya jiwa TGNA apabila beliau tidak teragak-agak menggunakan perkataan “menarik balik” kenyataan keras beliau terhadap Ustaz Nasharuddin walaupun ada cadangan supaya beliau menggunakan ungkapan yang lebih longgar dari perkataan “menarik balik” itu. Syukurlah keputusan sebulat suara Perjumpaan Khas berkenaan mengambil tindakan membunuh isu Kerajaan Perpaduan yang dipermainkan UMNO itu dapat mematikan serta merta isu tersebut.
Dengan tindakan sedemikian tidak ada mana-mana pihak dalam parti yang menang ataupun kalah. Tidak ada juga situasi menang-menang (win-win situation), tetapi yang menang adalah PAS dan perpaduan di kalangan kepimpinan dan seluruh pendokongnya. Manakala yang kalah dengan pukulan mati ialah UMNO dan sesiapa juga yang cuba hendak melaga-lagakan TGNA dan TGHHA dalam perkara ini.
Bagaimanapun kesemua pihak dari Pimpinan Tertinggi hingga ke peringkat akar umbi Parti banyak pengajaran dan pelajaran yang boleh diambil dari riwayat hidup “arwah” Kerajaan Perpaduan ini.
"Dengan ini, gua; AdukaTaruna mengumumkan tarikh Langgar Hadi jatuh pada Jumaat 28 Mei 2010. Melalui bantuan dana rakan2, gua telah ke Masjid Rusila untuk merisik program Hadi pada tarikh berkenaan. Alhamdulillah. Hadi Awang dijadualkan seperti biasa pada Jumaat tersebut. Pada hari itu cuti Wesak bagi negeri2 tertentu. Semoa Allah jadikan ianya asbab kemudahan kepada seluruh anak muda yang cintakan sistem Allah. Insyaallah."