Salam Pencerahan Dahi!
1G sangat melampaui kemanusian dan ilmiah dimana masih membuka-buka isu yang telah ditutup oleh pimpinan Pas (termasuklah yang ditutup oleh Ust Ahmad Awang sendiri).
Tektik jahat dan lahanat, mengulangi video klip lama Ust Ahmad Awang seolah-olah masih ada yang ingin bergabung dengan umno, menyebabkan 1G tak ubah seperti blogger celaka yang lain. Analisis separuh masak masih menjadi prinsip mengulas isu-isu yang sensitif dalam Pas. Dan Pas mendapat 'damage' dari analisis mentah yang kurang kajian tersebut.
Kalaulah perkara ini berterusan, puak-puak celaka yang jahil akan terus-menerus menuduh pemimpin Pas akan bergabung dengan Umno. Dan kalaulah 1G masih dengan ulasan separa masak dan tidak menghentikan semua ini, maka wa akan menyeru agar lu juga DIPECAT dari Pas!
Bhai..meh sini kita tengok video dan ulasan Ust. Ahmad Awang seterusnya:
1. Video yang menjadi rujukan puak Celaka dalam berhujah;
Klip di atas bertajuk "Pendedahan Ustaz Ahmad Awang..." yang telah dirakam sewaktu Muktamar Pas di Shah Alam, 7 Jun 2009.
Pada asasnya, kalau dengar secara keseluruhan, tak ada masalah pun dengan ucapan Ust Ahmad Awang, tetapi mengapa perlu diletak tajuk "Pendedahan.."??????
Meh kita siasat...
Luowang tahu tak, hanya satu user sahaja yang upload klip ucapan muktamar ust Ahmad Awang dengan tajuk "Pendedahan..." iaitu user 'JiwoKelate2009'.

Dan user tersebut pengendali web 'Jiwo Kelate' iaitu Wan Jo! Wa rase luowang musti ingat siape itu wan jo! Yea..! Geng Barbican, puak-puak barbican! Apakah motif tajuk dan video itu masih digunakan sebagai hujah oleh puak-puak celaka untuk menyerang Pas??? Maka, luowang akan perasan hanya puak mana yang masih berhujah dengan video tersebut bukan??? Pandai!!!! Jangan Yahudi bagi nasihat sudah le...huhuhhhuu
2. 1G tak pernahpun merujuk balik blog Ust Ahmad Awang bila merujuk video ucapan beliau itu. Kalau luorang baca balik blog ust Ahmad Awang, luowang akan jumpa yang Ust Ahmad Awang juga menutup kisah-kisah perpaduan neh! Malah beliau mengecam kalau ada orang Pas yang ingin melaga-lagakan Nik Aziz dengan Hadi Awang!
Ini rakaman tulisan ust Ahmad Awang, pada 24 Jun 2009 jam 2.35 petang
Maksud Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Al-Hujuraat:10)
Gambar dari blog Ust Ahmad Awang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Melafazkan Takbir
Pada hari Isnin, 28 Jamadil Akhir 1430H bersamaan 22 Jun 2009 kira-kira jam 6.20 petang, tamatlah riwayat isu Kerajaan Perpaduan dalam diari semasa politik PAS. Saya dan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa sahabat pimpinan melafazkan “Takbir” sebaik sahaja Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) selesai membaca kenyataan bertulis beliau kepada para pemberita dan jurugambar media yang bersesak-sesak di bilik Mesyuarat Utama Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Kenyataan tersebut dikeluarkan sebaik saja tamat Perjumpaan Khas yang dipengerusikan Mursyid Am PAS itu yang berlangsung selama kira-kira satu jam bermula kira-kira 5.20 petang. Bagi saya, kenyataan TGNA itu adalah “talqin” ke atas jenazah isu Kerajaan Perpaduan itu.
Kenyataan penuh TGNA seperti berikut:
Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam Perjumpaan Khas yang diadakan di Pejabat Agung dalam semangat kekeluargaan menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa yang dibesar-besarkan oleh media perdana. Kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku di antara Pimpinan Atasan Parti akibat daripada permainan politik murahan UMNO.
Kami bersama-sama dalam satu saff yang padu untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanahair.
Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik Kerajaan Perpaduan diberhentikan serta merta sepertimana telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Bangunan Parlimen jam 2.30 petang tadi yang menolak sepenuhnya idea Kerajaan Perpaduan.
Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyid Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi.
Kenyataan tersebut dibuat setelah hampir kesemua mereka yang menghadiri Perjumpaan Khas itu memberi pendapat atau penjelasan masing-masing bersabit dengan isu Kerajaan Perpaduan yang menjadi topik panas berikutan dari kenyataann media Presiden PAS semasa Muktamar ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Mesyuarat Khas berkenaan dipanggil oleh TGNA selaku Mursyid Am. Mereka yang dijemput hadir ialah Dato' Seri Presiden TGHHA, Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib-naib Presiden Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Dato' Mahfuz Omar, Dato' Harun Taib (Ketua DU), Ustaz Nasaruddin Hassan (Ketua DP) dan Ustazah Noridah Salleh (Ketua DMPP). Hadir juga Dato' Dr. Harun Din (Timbalan Mursyid Am), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (SU Majlis Syura) dan saya sendiri tanpa membawa apa-apa jawatan (tetapi saya masih ahli Majlis Syura).
Pertemuan di Rumah Seri Kelantan
Perjumpaan Khas itu dipanggil oleh TGNA selepas beliau berbincang dengan kami bertiga, saya, Dr Harun Din dan Ustaz Ghani Shamsuddin dalam satu pertemuan dengan beliau pada hari Jumaat 19 Jun 2009 jam 8.00 malam di rumah Seri Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Dalam pertemuan tersebut TGNA meminta pandangan kami bagaimana hendak “mematikan” isu Kerajaan Perpaduan dengan serta merta. Menurut beliau isu itu menjadi modal UMNO dalam kempen di Manek Urai yang sudah berjalan dengan rancaknya selama 2 minggu. UMNO menyeru para pengundi Manek Urai supaya tidak perlu lagi menyokong PAS kerana PAS akan bergabung dengan UMNO dengan terbentuknya Kerajaan Perpaduan yang dirancangkan.
TGNA menjelaskan sebab-sebab yang "memaksa" beliau mengeluarkan kenyataan yang begitu keras terhadap Timbalan Presiden. Namun beliau memberi jaminan kepada kami akan menarik balik kenyataan yang keras itu sekiranya semua Pimpinan Tertinggi PAS bersepakat sebulat suara “mematikan” isu Kerajaan Perpaduan itu.
Pertemuan kami pada malam itu berakhir dengan keputusan supaya diadakan segera Perjumpaan Khas Pimpinan Tertinggi yang dihadiri oleh mereka yang berkenaan seperti yang disebutkan di atas. Paling mustahak TGNA mahu supaya Ustaz Nasharuddin tidak menguzurkan diri. Dr Harun Din diberi amanah menyampaikan hasrat penting Mursyid Am itu kepada Ustaz Nasharuddin.
Suasana Harmoni dan ukhuwah
Alhamdulillah, semua yang dijemput termasuk Ustaz Nasharuddin hadir dalam Perjumpaan Khas yang dipanggil oleh TGNA itu. Perbincangan dalam perjumpaan itu berjalan dalam suasana harmoni dan penuh ukhuwah serta saling memahami pandangan dan penjelasan mereka yang hadir. TGNA memulakan perbincangan dengan menerangkan sebab-sebab dan tujuan beliau mengadakan Perjumpaan Khas itu. Beliau menjelaskan punca-punca sebenar mewajarkan kenyataan keras beliau yang dibuat terhadap Ustaz Nasharuddin. Selepas mengikuti penjelasan Presiden dan Timbalan Presiden, kami yang hadir dapat memahami bagaimana lontaran idea Kerajaan Perpaduan itu boleh menjadi ribut dan gelombang besar, padahal sepatutnya ia sudah berlalu menjadi perkara akademik sahaja.
Saya turut memberikan pandangan antara lain menegaskan bahawa isu Kerajaan Perpaduan adalah suatu ujian Allah ke atas Kepimpinan Parti. Parti seolah-olah sebuah bahtera dilanda ombak besar semasa belayar menuju pelabuhan. Dengan “mematikan” isu ini, walau apa pun senario dalaman dan luaran sebelumnya, Parti akan selamat dan hubungan antara Kepimpinan Jamaah akan bertambah kukuh dan bersatu padu. Saya mengingatkan kepada perpaduan parti waktu ditinggalkan oleh Allahyarham Ustaz Dato' Fadhil Noor yang berkebetulan tarikh 22 Jun 2009 adalah genap 7 tahun Allahyarham meninggal dunia. Saya merasa agak terharu seketika apabila Ustaz Nasharuddin sebak beberapa saat semasa meriwayatkan urutan peristiwa yang membawa beliau menjadi sasaran utama dalam isu ini. Ustaz Nasharuddin menjelaskan kedudukan peranan beliau dalam isu Kerajaan Perpaduan yang sepatutnya tidak menimbulkan kekeliruan dalam parti melainkan kerana ianya dipermainkan oleh media massa alat/pro UMNO.
Saya juga benar-benar dapat merasakan betapa besarnya jiwa TGNA apabila beliau tidak teragak-agak menggunakan perkataan “menarik balik” kenyataan keras beliau terhadap Ustaz Nasharuddin walaupun ada cadangan supaya beliau menggunakan ungkapan yang lebih longgar dari perkataan “menarik balik” itu. Syukurlah keputusan sebulat suara Perjumpaan Khas berkenaan mengambil tindakan membunuh isu Kerajaan Perpaduan yang dipermainkan UMNO itu dapat mematikan serta merta isu tersebut.
Dengan tindakan sedemikian tidak ada mana-mana pihak dalam parti yang menang ataupun kalah. Tidak ada juga situasi menang-menang (win-win situation), tetapi yang menang adalah PAS dan perpaduan di kalangan kepimpinan dan seluruh pendokongnya. Manakala yang kalah dengan pukulan mati ialah UMNO dan sesiapa juga yang cuba hendak melaga-lagakan TGNA dan TGHHA dalam perkara ini.
Bagaimanapun kesemua pihak dari Pimpinan Tertinggi hingga ke peringkat akar umbi Parti banyak pengajaran dan pelajaran yang boleh diambil dari riwayat hidup “arwah” Kerajaan Perpaduan ini.
MAKA DENGAN INI, WA JUGA MENCABAR ONE G BERSAMA FAKAQ (LAGI) BUKTIKAN MANAKAH PIMPINAN PAS (SELAIN DARI SENARAI NAMA DI ATAS) YANG INGIN BERGABUNG DENGAN UMNO??? KALAU TAK ANDA HANYALAH MEMECAHBELAHKAN PARTI DAN PATUT DIPECAT SERTA MERTA, JIKA MASIH MEMAINKAN ISU INI!