Sunday, December 27, 2009

MENEMBAK BLOG ROSOL WAHID 3

http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/12/26/pas-bukan-daerah-terlarang-untuk-dipersoal/#comment-1258

FIQAR BIRRAN 3:26 am on December 27, 2009 Permalink | Reply

Salam,

Saya berlain pandang dengan anda…ada beberapa pembetulan yang ingin disampaikan:

1. tidak benar kita menyekat pandangan yang lain sesama kita. Tetapi oleh kerana kita bukan berperangai jahilliyah, maka kita ada adab dalam bercanggah pendapat. TGNA bukan maksum, TGHH pun sama…lagilah yang lainnya, termasuklah Tok Guru Harun Din (TGHD)…Tetapi kita ada jalan dan adab dalam berkhilaf..ini cukup terang dan jelas kepada kami yang berjemaah dan bersama dengan Pas. Anda nampak semacam kurang faham tentang ini….Kerana kita tahu, ruang terbuka penuh dengan syaitan!

2. Anda dilihat masih kuno dan tertinggal bas dalam hal UG…TG Presiden telah menegaskan berkali-kali yang UG bukannya bekerjasama dengan Umno…UG lain, masuk Umno lain…tetapi anda masih kabur, malah mengulangi kekaburan anda di blog yang terbuka ini. Jangan tunggu sampai ada yang mengatakan anda lemah dan lembab, atau ‘kurang cerdik’ dalam menulis. Pihak pimpinan sudah selesai ini…sila cari mana-mana video yang berkenaan, kalau masih kabur…atau nyatakan jika anda malas mencarinya, kami sedia memberi link…

FIQAR BIRRAN

hussin.abdaziz 10:16 am on December 27, 2009 Permalink | Reply

pandai hang saraf kami noo…”TGNA bukan maksum, TGHH pun sama…lagilah yang lainnya, termasuklah Tok Guru Harun Din (TGHD)…” – pokoknya sape kate depa maksum?

di konvensyen blogger pas pada 20 disember 2009, TGHH kata:

“Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.” – habaq mai, kalau ni bukan fitnah, apa?

“Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.” – pasal ug, bloggerlah yang mula mendedahkannya. ayat ni nak tutup salahlaku, pemahaman saya, apa yang blogger dedah tu benar. ini disahkan oleh TGHH, ditambah sikit, “benar, tapi jahat.”

bab bohong macam mana? (1) bertemu dengan umno, nafi (tak mengaku). (2) bila paklah kata, dah tiga kali jumpa, nasya kata pula “dipersetujui oleh majlis syura ulama”. macam mana benda yang dinafikan tiba2 ada pulak?

setuju tak kalau saya katakan bahawa kecelaruan dalam pas ni berpunca dari “pembohongan2″ yang dilakukan? kebatian yang tersusun akan mangalahkan kebenaran!

FIQAR BIRRAN 1:39 am on December 28, 2009 Permalink

Salah tu….mari sini! Dekat sikit, saya kasi terang…

1. Perkataan ‘fitnah’ yang dimaksudkan oleh TGHH telah dijawab beberapa blogger. Anda jangan main-main tafsir sahaja…bukak qur’an kalau orang Islam…even ZF dalam blog ini pun tak tahu menafsirkan kenyataan TGHH tersebut.

“”TGHH guna perkataan “Fitnah” pada maksud yg rawak iaitu “sesuatu yang mempesonakan atau sesuatu yang menjadi ujian.”

Allah menyebut dalam al-Quran antara yang menjadi fitnah itu ialah anak, isteri dan harta. Sebagai contoh, cuba lihat dalam surah 64, ayat 15. Atau surah 8, ayat 28. Kalau ada masa, lihat semua perkataan “fitnah” dalam al-Quran.
(petikan dari komen seorang blogger)

Nah! apalagi?….Makna yang tajam dan pemahaman yang akrab lagi benar oleh TGHH. Itulah kehebatan dan dalamnya pemikiran Presiden kami…!

Sesiapa masih lagi kabur, taua buat-buat tak faham….hentikan lerrr, tobatlah bebanyak…

Inilah payahnya kalau hati itu sudah dipenuhi perkara mazmumah…hasad, haloba, takabbur…! Allah tutup dan gelapkan hati anda, jangan main-main..!

2. Isu UG, diulang tayang oleh musuh supaya terus-menerus ingin memecah belah dan mengadu domba pimpinan, termasuk ahli pas. Tetapi yang jelas, mereka ini masih kolot dan malas membaca, seolah-olah lemau dan lembab dalam isu terkini. TG Presiden sudah tegaskan banyak kali, dan beberapa forum, tertutup dan terbuka, yang UG bukan, ditegaskan lagi BUKAN, BUKAN bermaksud pas nak masuk atau bekerjasama dengan umno! Kalau anda pemalas dan lembab, beri tahu, biar saya bagi link atau koleksi video yang menafi dan menutup rapat isu UG dan bekerjasama ini! Itu pun kalau mahu, kalau anda juga ingin terus bebal dan babil, apa yang saya mampu buat, melainkan berdoa…(bukan sampai pecah perut laaa..)

3. Siapa berbohong dalam kes berjumpa dengan Paklah??? Siapa saje boleh bertemu paklah, termasuk anda sendiri kalau mahu…tetapi, setiap perjumpaan tidak semestinya menceritakan benda yang sama…setakat nak berjumpa, sembang-sembang, bincang isu negara, apa salahnya…?? Anwar pun minum bersama Najib, di parlimen lagi..dan beberapa pertemuan biasa, temasuklah Anwar sendiri bertemu paklah di sebuah pondok agama di Gombak dll. Pertemuan untuk bekerjasama dengan umno bukan lagi menjadi perkara pokok sekarang..! Itu dulu, sekarang kami sudah clear isu ini, dibawak ke muktamar dibincang diperingkat pusat, dan bebrapa penyelesaian secara semangat berjamai, telah menambahkan lagi ukhuwwah kami, jauh sekali ‘bercelaru’ seperti dakwaan anda! Anda masih ketinggalan kereta api, kalau masih mengungkit dan mengulangi isu sama. Pembaca diluar menjadi muak, tambah lagi ahli pas yang faham dengan isu semasa….kalau anda masih mengulanginya, maka kami tahu, yang ada suarakan itu adalah ’suara’ siapa…! Mengapa tak ungkit, yang Pas pernah bersama dengan BN masa tahun 70an dulu????? Hahahahah…itu lagi klassik, yang menunjukkan anda sebenarnya baru keluar dari gua?????

FIQAR

More on Related Posts:



No comments:

Post a Comment