Monday, January 10, 2011

Coretan Pasal Adoka lagi...

Bhai,

Kalu luorang minat Keanu Reeves, pelakun Hollywood yang ada campor dgn Red Indian tuh, lu musti tak lupa dgn citer famous dia, The Matrix.

Bila wa ingat balik, citer Matrix neh, wa nak gelak bila baca n3-n3 bebudak gelabah macam cipan++ dan edyes (yang tak ada masa aduka kena cepuk..huhuh).

Dalam kesah Matrix, ada scene yang wa tengok, Neo (Keanu Reeves) lawan seorang je dgn beratus-ratus owang yang sama. Yang best sunglasses dia tak de jatuh pun rilex je...huhuuhu


"Aksi Neo sedang melawan orang yang sama!"


Ini lah yang memeningkan puak pemfitnah Pas, dgn pelbagai citer-citer bohong. Ada kata Suhaimi Embong boleh jelma dalam dua tempat berbeza, ada kata batu api kat sini, dalam masa yang sama muncul pulak ditempat len.

Maka wa pun terfikir, yang sebenarnya alam fiksyen Matrix dah mula wujud...huuhu

Dua n3 penipu yang mengambarkan 'jemaah Rhusila' ganas dan samseng dgn menokok tambah bilangan orang yang 'menonton' aksi raja lawak Adoka di Rhusila tempoh hari. Cipan++ kata dalam lebih 100 orang, Edyes pulak kata dalam 90-100 orang. Okay, apa pulak kata Aduka? Aduka pun cakap lebih 100 orang! Tetapi kebanyakan report kata hanya tak kurang 20 orang sahaja...mana yang betul?


"Aksi tutup gigi, Edyes & Adoka"

Wa secara peribadi tak salahkan luorang dalam masalah pengiraan. Mungkin lu betul-betul tak pandai mengira atau pun sesaja nak buat sensasi dalam blog! Namun wa ada dua teori dalam hal neh:

Teori 1:

TGHH seorang yang cukup istimewa pada Pas, malamnya berhajjud dan siangnya berjuang untuk Islam. Itu semua orang akur dan percaya. Walaupun si Adoka pergi dengan niat tak lain ingin menanyakan soalan-soalan cepumas, tapi pada wa dan semua owang setuju, adab bersama owang tua kena jaga! Maka teori wa yang pertama, kalaulah benar bagai dikata kekawan Aduka yang bacul tuh, maka mungkin apa yang dilihat bukannya manusia sebenar(???). Wa tak nak la cakap mereka itu malaikat ker atau haper, nanti luorang tuduh wa jadi fanatik Hadi sehingga terlampau memuliakan Hadi. Tapi, kalaulah wa berat nak percaya pada geng-geng Adoka, maka yang mereka tengok bukannya jemaah Rhusila (yang turut berjemaah dibelakang Hadi??) ditunjukkan sebagai 'orang'! Mmm...tapi yang 'cepuk' aduka dari belakang sape pulak....huhuhuhu...Wallahu a'lam bhai...wa pun tengah carik jugak...Ntah-ntah 'jin Islam'...huhuhuuu

Teori 2:

Kalaulah wa menolak angka-angka yang diberi, maka teori wa yang kedua adalah; mereka ini memang jahat dan musti ditentang habis-habisan! Mereka sengaja mencipta isu-isu jahat terhadap TGHH agar imej beliau tercalar! Pelbagai usaha dijalankan bagi memburuk-burukan Presiden Pas dalam blog mereka, tidak cukup dgn gelaran-gelaran jahat dan penipuan fakta yang songsang, mereka menggunakan tektik kotor dalam menjahanamkan karier politik Tok Guru! Siapa upah, wa tak tak peduli, tapi yang wa pelik, macamana ada blogger yang bangga mengaku Pas turut sama membela puak-puak yang terang-terang memusuhi Pas!

Adoka dengan jahatnya, seolah-olah menyamakan jemaah Rhusila dgn 'jemaah Balakong yang curi motor kawan lu Si Din Zaini! Lu tak pasal-pasal bagi menyirap lagi darah jemaah Rhusila!

Bhai, Orang Mujahideen masa kena serang kat Russia bukan sekadar ada sakinah, tapi diorang jugak ada perasaan mahmudah dan mujahadah yang tinggi terhadap Allah Ta'ala...setakat sakinah saja tak cukup, kalau mati, mati sia-sia bhai! Sifat penipu, menghina orang, memutar belit fakta, subuh jam 9 pagi....lu ingat lu ada beza ke dengan puak-puak Mujahideen?? Heheheheh, lu sepatut samakan dgn puak Kamikazee yang tak sembahyang tuh, bukannya Mujahideen bhai! Kalu lu nak link pasal kamikazee wa boleh kasik!

Dengan dua teori yang wa kasik tuh, kedua-duanya sebenarnya tidak menjejaskan imej Tok Guru. Yang wa makin nampak, dgn n3-n3 luorang kaki pemfitnah, semakin hari semakin menonjolkan sifat buruk luorang terhadap pemimpin Pas dan parti keseluruhannya!

Kalaulah dalam TKO dah siar gambar dari depan, wa jugak carik gambar dari posisi belakang. nak tengok, sapa yang pukul 'curik' si Adoka neh..huhuhu


"Cuba kira berape orang (mungkin boleh masuk bebudak kecik sekali..huhuhu) yang tengah menonton aksi raja lawak di atas, luorang musti baca dua teori wa kat atas!, selamat mengira!"

Sunday, January 9, 2011

Si Aduka Yang Tidak Tahu Adab

Oleh: Ust Zolkharnain Abidin, Perlis.

Sebarang kekasaran tidak wajar disokong walau siapa pun yang melakukannya. Polis pernah dikritik keras kerana bertindak kasar kepada para demowan. Dalam situasi yang sangat mendesak sahaja, kekasaran dibenarkan. Itu pun dalam ruang yang masih terbatas.

Dilaporkan bahawa si Aduka dikasari berhampiran rumah TGHH oleh penyokongnya (anak-anak didiknya). Jika laporan ini benar, maka tindakan itu di luar kebiasaan. Kebiasaannya, sesiapa sahaja perlu dilayan dengan baik kecuali orang itu tampil dengan tujuan tidak baik dan bertindak tidak baik.

Entah siapa si Aduka ini. Saya tidak mengenalinya dan saya pun jarang menjenguk blognya kerana saya kurang selesa dengan gaya tulisannya. Tapi, rasa-rasanya dia masih anak muda yang berdarah panas.

Apabila saya tidak menyokong tindakan kasar terhadapnya, itu tidak bermakna saya menyokong tindakan si Aduka ini. Sudah banyak kali diberitakan, bahkan saya pernah menonton video si Aduka ini berusaha untuk ‘menyakat’ TGHH.

TGHH adalah tuan guru. Menghormatinya adalah wajib. Paling kurang sebagai orang yang lebih berusia daripada kita. Ringkasnya, dalam situasi apa pun, si Aduka wajib menghormati TGHH. Sekurang-kurangnya sebagai seorang yang lebih berusia sekali pun ada banyak perkara dia kurang bersetuju dengannya.


Samada secara langsung atau tidak langsung, TGHH adalah guru kepada rakyat Malaysia. Beliau adalah guru agama dan guru politik juga. Sekitar tahun 80 an dan awal 90 an, kaset-kaset kuliahnya beredar di mana-mana. Bahkan boleh dikatakan tidak ada rumah orang PAS dan rumah orang Umno, kecuali kaset ceramah atau kuliah TGHH ada di rumahnya.

Usah sesiapa menafikan perkara ini. Buku-bukunya juga dibaca oleh banyak orang. Pendek kata, generasi muda, semuda si Aduka ini, sewajibnya menghormati dan memuliakan TGHH sebagai pendidik masyarakat dan warga.

Sampai ke hari ini, bahkan saat ini TGHH adalah guru, beliau mengajar dimana-mana sahaja termasuk di dalam ceramah politiknya. Bahkan, ketika menyampaikan ucapan di hadapan orang bukan Islam pun beliau masih mengajar Islam kepada mereka dan kepada semua orang.

Menghormati guru adalah wajib. Suatu hari Imam Abu Hanifah bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang diusung di hadapannya. Muridnya menuntut jawapan mengenai tindakannya itu. Beliau menjawab, “Yahudi itu gurunya.” Muridnya mempersoalkan, “Bagaimana?” Jawab imam, “Yahudi itu pernah bertanya kepadaku mengenai cara untuk mengenali anjing yang sudah baligh. Aku tidak tahu jawapannya. Dia memberitahuku, apabila anjing itu mengangkat kakinnya ketika kencing.”

Abu Hanifah mengiktiraf Yahudi itu sebagai gurunya walau sekadar mengajarnya mengenai usia anjing baligh sahaja. Bukankah TGHH adalah guru kepada kita semua? Justeru, beliau wajib dihormati dan bertindak kasar terhadapnya adalah berdosa.

Untuk apa di Aduka ini cuba ‘menyakat’ TGHH? Katanya, untuk menuntut penjelasan. Penjelasan apa? Adakah tidak cukup dengan seribu penjelasan yang tersiar-siar dimana-mana sebelum ini? Saya percaya si Aduka ini berniat tidak baik, serong terhadap TGHH.

Bagi saya, si Aduka ini cuba memalukan TGHH, menjatuhkan maruahnya di hadapan orang lain, memperlekehkan wibawanya, bahkan memperkecilkan TGHH. Niatnya serong. Dia bukan berusaha menjernihkan keadaan dalam perkara yang dia tidak berpuas hati tetapi cuba memerangkap TGHH dengan jerat yang dipasangnya.

Bagi saya, si Aduka ini memang berniat jahat. Bahkan tindakannya, meluru, menyerbu, menyekat di tengah jalan dengan soalan-soalan provokatif (seperti yang pernah saya tonton di dalam video sebelum ini), adalah tindakan tidak beradab dan jahat.

Kalau dia adalah penyokong PAS atau ahli PAS, dia adalah penyokong dan ahli yang jahat. Kalau dia bukan penyokong atau ahli, memang itu kerja penentang PAS yang selamanya jahat terhadap PAS.

Semua orang faham, TGHH bukan nabi atau malaikat. Beliau tidak maksum dan terdedah kepada salah dan silap. Tetapi itu bukan tiket untuk sesiapa sahaja memalukannya atau menjatuhkan maruahnya.

Jika seorang peminta sedekah di tepi jalan wajib dihormati, dikasihani apatah lagi seorang pemimpin kepada sebuah jamaah seperti TGHH.

Buat anak muda yang berdarah panas seperti si Aduka ini, belajarlah menjadi manusia matang. Belajarlah untuk meletakkan ‘otak’ di tempat yang betul. Belajar menghargai dan menghormati orang lain.

Ingatlah, jika kita dipanjangkan umur, kita juga akan tua. Apa perasaan kita jika pada ketika itu kita diperlakukan oleh orang lain seperti kita memperlakukannya kepada orang lain pada hari ini.

Kecuali, si Aduka memang jenis orang yang tidak tahu berfikir dan tidak ada perasaan.

Buat TGHH, kami bersama dengan Tuan Guru dalam apa situasi pun, bukan demi Tuan Guru tetapi demi perjuangan Islam yang kita dokong bersama ini. Allahu Akbar…

Saturday, January 8, 2011

Isu UG & Hadi 'berbohong': Jenayah Fakta Puak Celaka!

Salam Pencerahan Dahi!

Bila wa tahu berita yang Adoka mendapat 'sentuhan' lembut dan berlaku kekecohan di masjid Rhusila ari Jumaat lepas, maka wa pun belek-belek buku lama dan mengkaji n3-n3 dulu yang berbentuk provokasi dan penipuan fakta oleh blogger-blogger celaka..

'Celaka'
, bukan wa sesuka petik ikut nafsu wa. Ia adalah istilah keramat dan pangkat kebesaran yang dianugerahkan oleh Tok Guru Nik Aziz kepada; "menulis perkara yang bukan-bukan tanpa bukti dan fakta yang jelas"..



Pada yang baru akil baligh, nak berjinak-jinak dgn blog 'provokasi' (macam blog wa jugak..huhuuh), UG = Unity Government atau Kerajaan Perpaduan adalah istilah yang telah diterjemahkan oleh Khalid Samad dalam blognya:

"Apa yang saya faham sebagai maksud DS Presiden ialah kerajaan gabungan di antara BN dan PR. Gabungan ini akan menjadikan semua pihak sebahagian dari kerajaan yang memerintah dan tiada pembangkang buat seketika. Dengan itu persengketaan dapat dielak dan semua boleh tumpu kepada persoalan menghadapi dan mengatasi kegawatan ekonomi yang sedang menimpa."

"Konsep ‘kerajaan perpaduan’ ini menuntut supaya BN berkongsi kuasa dengan PR di peringkat pusat, khususunya. Setiap kementerian mesti dikuasai bersama dan dasar-dasar perlu ditentukan secara konsensus. Ianya bukan satu keadaan di mana PR duduk di bawah penguasaan BN tetapi setaraf dengannya sebagai rakan kongsi. Parti-parti komponen PR tidak menyertai BN tetapi kekal dalam PR; dan PR yang ‘bergabung’ dengan BN."


Jadi, ia adalah pergabungan antara BN dan Pakatan Rakyat (PR). Manakala, usaha jahat yang dibuat oleh Pak Lah sejurus sahaja keputusan PRU12, 2008, itu adalah Kerajaan Campuran(Coalition Government -CG) seperti dalam tahun 1970an dedulu. Bukannya UG - unity government! (untuk pengetahuan bloggger celaka yang malas membaca!)

Perjumpaan Sulit 2008


Setelah kemenangan besar Barisan Alternatif (BA) pada PRU12, 8 Mac 2008, dan berjaya membentuk kerajaan di negeri-negeri Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang, kekal di Kelantan dan menang dengan majoriti di Wilayah Persekutuan, pihak Pas telah mengadakan perbincangan bagi perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin BA daripada parti lain.

Sehari selepas itu, 9 Mac 2008, JK Pas Pusat bermesyuarat di Kota Bharu, Kelantan dan bersetuju untuk menghantar beberapa wakil Pas bagi berbincang ke arah pembentukan kerajaan di negeri yang dimenangi. Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang dihantar ke Kedah, Dato’ Husam Musa ke Perak, Hj. Muhammad Sabu ke Pulau Pinang dan YB Nasharudin Mat Isa bersama Dato' Mustafa Ali ke Selangor.

Namun, tanpa diduga, pihak Pas telah mendapat jemputan dari Perdana Menteri sewaktu itu, Dato Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) untuk datang kerumah beliau bagi membincangkan beberapa perkara politik.

Jemputan itu tidak diterima terus, lalu mesyuarat tergempar JK Pas dibuat di Pejabat Pas, Jalan Raja Laut, bagi membincangkan jemputan itu. Mesyuarat itu memutuskan agar 3 wakil Pas dihantar untuk melayan undangan Pak Lah dan mereka adalah; Dato’ Mustafa Ali (Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat sewaktu itu), YB Nasharudin Mat Isa (wakil Presiden Pas) dan YB Khalid Samad (wakil Pas Selangor).

Perbincangan di rumah Pak Lah berlaku aman yang turut dihadiri oleh Dato’ Seri Khir Toyo. Pak Lah menawarkan pergabungan bersama Umno, dan berjanji melantik Pas sebagai MB Selangor dan beberapa tawaran lumayan yang lain. Namun, sebelum ke mesyuarat Majlis Syura Ulama, secara kasarnya wakil Pas telah menolak tawaran Pak Lah kerana ia dilihat sebagai mengkhianati perjanjian bersama BA.

Maka setelah isu perjumpaan dengan Pak Lah dibawa ke mesyuarat Majlis Syura Ulama, secara sebulat suara menolak tawaran Pak Lah dan jika ada perbincangan dengan Umno, ia hanyalah perjumpaan biasa sahaja bukannya dalam pembentukan kerajaan, dan Majlis Syura juga pada 24 April 2008 setuju melantik 3 orang pimpinan yang mewakili Pas jika ada jemputan dari Umno, iaitu; Dato’ Seri Presiden (Abdul Hadi Awang), YB Nasharuddin (Timb. Presiden), Dato’ Mustafa Ali (S/U Agong).




Malah Dato' Hassan Ali, sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor turut menegaskan dalam kenyataan rasminya pada 14 Mac 2008;

"PAS Selangor menyokong sepenuhnya pelantikan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru."

"PAS Selangor menegaskan kami akan sentiasa memberikan dokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pakatan KeADILan, DAP dan PAS dalam membentuk kerajaan bagi mentadbir negeri"


Isu pertemuan gelap itu lenyap seketika sehingga Pak Lah membuka mulut 21 Julai 2008, yang dia telah berjumpa dgn Pas sebanyak 3 kali...

TG Presiden terpaksa membuat kenyataan media seperti berikut:

"PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri."

Maka soal pertemuan gelap terhenti disitu!

Isu Kerajaan Perpaduan

Wa dah jawab dalam artikel neh:

Kerajaan perpaduan menjadi fitnah besar, bukan disebabkan oleh idea itu, tetapi kerana adanya mereka ynag tidak faham dengan konsep tersebut...

Idea ini timbul setelah TG Presiden membahaskan titah Tuanku di Parlimen Mac 2009 iaitu sebelum berlakunya pertukaran kuasa Pak Lah kepada Najib...


Salah faham ini mengakibatkan Ust Nasha juga difitnah teruk, dan beliau telah dikecam dalam muktamar termasuklah kenyataan yang keras dari TG Nik Aziz, namun kata Ust Ahmad Awang:

"Pada hari Isnin, 28 Jamadil Akhir 1430H bersamaan 22 Jun 2009 kira-kira jam 6.20 petang, tamatlah riwayat isu Kerajaan Perpaduan dalam diari semasa politik PAS."

TG Nik Aziz bersalaman dgn Ust Nasha, tanda persahabatan dan ukhuwwah yang berterusan.



Ust Nasha bebesar hati turun menerangkan kepada pengundi beliau di Bachok pada 29 Julai 2009.

Boleh rujuk artikel wa di sini http://penembakbabi.blogspot.com/2010/05/jawapan-isu-pertemuan-gelap.html

Apakah Hadi berbohong atas semua itu?

Itu tuduhan merapu dari blogger yang malas membaca macam Adoka. Ia tidak timbul langsung masalah berbohong atau membohongi pengundi. Hadi tetap berpegang pada janji yang dimeterai dgn parti Pakatan yang lain, seperti surat di bawah:(tak macam lu, bhai...mungkir janji dgn batu api...huhuhuh)



Hadi adalah seorang yang sangat komited dgn Pas! Hari-hari menjadi bahan cercaan Umno...Bila Edyes bermain tawar-menawar dgn TG presiden, maka kena la jawab; "Ini bukannya berniaga!"...huuhuhu kena sebijik bhai!


"Boleh carik wa kat sini..."



Jemputan Istana 2010


Wa jugak menganggap perjumpaan istana sebenarnya istimewa. Ini kerana bukan sahaja pengiktirafan kepada Pas, tetapi seolah-olah 'sesi pengenalan' sebelum PRU13. Mungkin Najib bakal jadi pembangkang...Najib yang pucat, terus membuat perjumpaan dengan semua MP BN hari sabtu lepas, 1 Januari 2011.

Tetapi masih ada yang mulut jahat, mengatakan ada agenda nak bawak Pas masuk Umno!

Bhai, ada perjumpaan yang kena beritahu parti. Tapi ada juga jemputan yang istimewa dari Agung, takkan nak masuk mesyuarat dulu beb!

Ahli yang tertipu dgn blogger pemfitnah yang kebanyakan masih belegar diruang cyber, masih yakin yang ada pemimpin Pas nak bersama Umno. Wa tak kesah, kalau fitnah tuh datang dari Pak Bakaq Imammiah sesiapa yang bukan ahli Pas, tetapi yang pelik...ada yang mengaku ahli Pas pun sanggup berbuat demikian, antara istilah jahat digunakan;

1. 1G - "Pro-Umno"
2. Fakaq - "Beromen dgn Umno"
3. Man Lombok - "Berzina dgn Umno"

Sebab tuh, luorang kena tentang habis-habisan blogger-blogger celaka yang jahat neh! Bukannya percaya adanya 'pemimpin pas' tertentu yang ingin bawa masuk umno! Tentang puak celaka neh habis-habisan kerana kejahatan mereka mengulas sesuatu isu secara jahat. Sumber mereka separa benar, fasik, khabar angin. Ulasan mereka separa masak. Mereka mengada-adakan benda yang tidak ada! Bila mintak bukti, lari macam lipas kudung, lepas tuh citer pasal benda len!

TG Nik Aziz yang solat tahjud dah jadi macam 'solat wajib' hidup dgn penuh kezuhudan, tetap bersangka baik dengan hampir semua pemimpin kanan Pas, apalah sangat blogger celaka yang memandai tetuduh pemipin pas nak bawak masuk umno! Buat malu pakai baju ada 'muka' nik aziz, atau letak gambar Nik aziz pada setiap sudut blog. Tapi inspirasi, sifat baik sangka TG Nik Aziz tidak pernah dicontohi!


"gambar: sekadar hiasan!"


So, kepada Adoka, kalu lu cakap 1G & Fakap adalah pejuang, maka wa jawab: "My Arse!!!"

p/s: wa masih mencabar mereka agar membuktikan siapa pemimpin pas yang nak 'berzina' dgn umno! Kalau setakat beriman dgn khabar angin dan dengar dari blogger haprak, maka luorang tetap dicelakakan oleh wa!....whar666

utk Adoka; wa teringat kata-kata lu - "SEGALA MISI AGUNG AKAN GAGAL BILA DILAKSANAKAN OLEH MEREKA YANG BODOH!"

FakaQ anggap adoka macam badawi kencing masjid..!

Bhai,

Walaupun n3 terakhir si Fakaq tertulis Badwi (bukan Aduka), tapi ia adalah dikias 'semacam' adoka...



Kebodohan blogger2 celaka, yang sedikitpun tak hingin nak tolong aduka sewaktu projek langgar Hadi baru neh, nampak sangat mengulang-ulang pasal adoka kena hentak. Walhal kalaulah ikut n3 adoka pasal projek tu, adoka masih boleh tersenyum lebar dan relax je dengar ceramah Pak Wahab atas kusyen empuk bhai...



Dah la tuh, siap minum free dgn Cybershot. Borak-borak lagi...Oii...lu neh tak ubah macam mamak azeez yang kena hentak kat Bagan Pinang dedulu...hhuhu



Wa nampak dengan keadaan kutukan (bukan kritikan) sedahsyat itu, Adoka hanya dapat dua das sentuhan lembut yang tidak menyebabkan apa-apa kecederaan siyess pun...Malah, dapat 'rabaan' istemewa dari Dr Illyana yang cun di kala Jumaat petang....Tapi wa ingat Dr Ilyana tuh hangin giler, petang-petang Jumaat, dah la waktu cuti, tak pasal-pasal kena chek mamat giler berkepala biol neh! Mungkin lu pun nak guna tektik macam Azeez mamak jugak bhai..heheheh



1G dan Fakaq meneruskan agenda celaka mereka untuk memburuk-burukan TGHH. Padahal satu malaya tahu, ini semua disebabkan kesilapan teknikel Adoka. Yang best semua kekawan Adoka lari...tinggal dia seorang....huhuuuu. Bhai, sekarang baru lu kenal siapa kawan siapa lawan....kena provokasi sikit, lari lentang pukang! whar333

Bayangkan tetengah suasana tegang macam tuh, Pak Wahab boleh ajak lu bincang, Cybershot siap offer hantar dan tunjuk jalan kat lu lagih! Itu pun lu belum contact Songkok Puteh, mungkin lu boleh claim minyak, caj hospital dll. Wa gerenti!

Jadi, blogger celaka tetap akan bercelaka dalam blog! Dengan situasi macam tuh, wa anggap jemaah Rhusila masih waras dan mungkin ingin menguji sejauh mana 'ketahanan' kawan-kawan lu! Nampak sangat kawan-kawan lu tu pondan siam! Takut nak tolong dan protect lu!

Dalam n3 dulu pun, wa menganggap dan terus bersetuju dgn Batu Api yang dia seorang yang ingin melihat projek lu berjaya. Tapi, lu saje, nak menunjukan genetik 'melayu' bangang dalam darah lu, tak reti nak ikut tata susila...

Wa anggap jemaah Rhusila bukannya jahat sangat, tapi blogger celaka macam Fakaq, 1G, dll. akan terus menabur fitnah jahat yang beterusan!

Bayangkan wa tak tahu nasib si Fakaq bila datang Rhusila...walaupun lu sendiri pernah kena sergah kat Hadi dalam perjumpaan satu ketika dulu...

p/s: lepas neh, Pak Wahab pulak dituduh sebagai Batuapi@Firestone...huhuh, a'ahh...mungkin jugak...

Friday, January 7, 2011

Adoka kena langgar di Rhusila..!

Bhai,

Dedulu, dalam tahun 70an-80an, Rhusila adalh tempat 'keras'..luorang jangan buat memain kat sana...Macam jugak kat area Tanjung Kapor, dgn Bus Stand...setiap malam musti ada kes bergaduh sesama geng...



Alhamdulillah, Tok Guru Haji Hadi telah berjaya mentarbiyyah mereka ini, 'Jemaah Rhusila' yang taat dan tekun kembali kepada masjid...bukan lagi melepak dan bertelagah sesama sendiri.

Wa tersenyum sorang diri bila membaca n3-n3 provokasi cipan++ dan edyes, pasal nampak sangat kerakusan aduka membawa padah!

Luorang ingat 'jemaah Rhusila' tak baca blog?? Lu ingat 'jemaah Rhusila' tak tahu IT? My ass! Lu silap bro! Kalaulah mereka tak baca blog, tak tengok internet, macammna Adoka kena lanyak??

Bhai, meh sini, meh dekat-dekat...

Kesilapan 1

Wa anggap, luorang kurang cerdik (atau kata len bodoh bertingkat-tingkat!), tak kesah lu nak pakai apapun bila nak jumpa Hadi. Malah wa sendiri pun berjumpa dgn Hadi pakai jeans, rambut panjang dari Poji Black Metal lagi...tapi wa hormat Tok Guru...Wa ikut protokol..(wa ada gambar, wa boleh scan, kalau tak percaya...huhuhu)

Masalah lu kena hentak, bukan sebab rupa lu macam dayak atau budak serabai baru keluar tong sampah. Tapi, jemaah Rhusila hangin dekat lu sebab lu tak faham adab dan tak hormat permintaan Tok Guru. Satu lagi, lu kena chek balik lu punya entri pasal Hadi. Lu ingat tak apa yang lu kondem pasal Hadi...

Lu kata: Hadi boroi/bangang/suka poligami/lembab dan pelbagai lagi kalimah bangsat lu letak kat Hadi...wa pun hangin, apatah lagi jemaah Rhusila...

Tapi bila lu dah melampau melukis gambar Hadi 'kencing' pengikut..itu klimax bhai...

Mulut lu macam c*bai, tak sayang mulut! Hangin la member...


Kesilapan 2


Lu bergerak tak ikut arahan...lu dah janji ngan batu api nak jumpa kat masjid tingkat satu dulu, baru bertemu Hadi..Neh terus rakus nak jumpa Hadi apsal! Budus kuasa 500! Wa ingat niat batu api baik, dia nak bawak lu sendiri jumpa Hadi...sebab dia tahu, lu dalam keadaan tak selamat sekarang. Lu kena escort bhai...

Katakan Hadi sibuk, paling kurang lu boleh jumpa batu api...apa daa!


Jadi wa tak heran lu kena hentak, dan kawan-kawan yang protect lu lari lentang pukang tinggal lu sesorang....ini ke kawan??..huhhu

Hancuss lu bhai..!

Monday, January 3, 2011

YB Fatah Gila Jawatan Timb. Presiden PAS?

Salam Pencerahan Kulit!

Bhai,

Dua-tiga hari neh, YB Fatah jadi hero segala hero...Lu diangkat oleh blogger2 'celaka' semacam 'Ayah Pin' (kerajaan langit) yang berjaya menyelamatkan kambing Jamnapori dari kena sembelih..huhuh

YB Fatah telah menipu dan menimbulkan persepsi agar pertemuan rasmi Nik Aziz bersama Agung, jadi pertemuan gelap kununya pas nak masuk umno! Dan sekarang Lu masih memutar-belit fakta di facebook agar menampakkan ada owang yang ingin 'beromen' (wa guna ayat Fakaq 'teddy bear') dgn Umno lahanat!


"YB Fatah tengah 'minum-minum' sewaktu di Thailand..."


Lu pahal neh bhai! Walhal semua owang yang masuk & hadir muktamar faham...Adusss! Wa nak kena ulang balik ke!! "PAS BOLEH BERBINCANG DGN SESAPA SAJE, TANPA ADA SYARAT!!!!" Apatah lagi majlis tersebut atas jemputan Agung (rasmi & tertutup!), Tapi blogger 'celaka' yang bangang, bila bincang sikit...OOOOOoooo! terus kata nak masuk umno laa...nak itula, nak ini laa...

Yang wa gelak guling555555, Man Lombok yang tengah buat umrah pun, terpaksa cium kain kaabah berdoa pasal isu neh....whar!whar! Lepas tuh depan kaabah, reka fitnah bukan2 kat pimpinan Pas! Kaitkan pejuang Memali, pejuang tabung buluh, jaga hati sana, jaga hati sini! Insaflah Man Lombok! Wa pun cium sejadah, doa agar lu cepat sembuh!

Wa nampak, isu kali neh agak pelik...Pasal yang ungkit adalah dari Kelantan. Pimpinan lain di Kelantan agak senyap, malah YB Husam sendiri pun tak kecoh...Yang wa terus-menerus tak sedap kepala lutut, bila YB Fatah jadi macam Wanji, bergossip liar dalam Facebook...suspicious wa!! (sambil garu paha kanan wa..huhuhu)...

Owwwwh...baru wa ingat, tahun neh ada pertandingan kat Muktamar nanti...Nak jadi Presiden, YB Fatah susah sikit kut, kalau lu pumping 100 kali waktu subuh, keliling padang 600x belum tentu boleh challenge Hadi bhai...Tapi yang wa nampak lu terliur dgn Timb. Presiden neh!??? Lu jangan memain bhai...sebab tu lu duk fitnah dan memain ayat sindir-sindir...Tak pasal-pasal Ust Nasha kena bhai...Lu pun banyak stori tak cantek kat Ust Nasha dedulu neh...

Sebab keceluparan lu, Adoka Jongos dah mula jadi semacam...masuk blog batu api, takde binatang lain, asyik baca wirid "Bila nak debat ni, bro?", "Bila nak debat ni, bro?", "Bila nak debat ni, bro?", "Bila nak debat ni, bro?", "Bila nak debat ni, bro?"...Dan sebab lu jugak Wanji 'The Skeletor' pulak dah tak de benda lain...asyik-asyik.."p/s : Mungkin artikle ini tidak disenangi oleh Batuapi@Suhaimi Embong.", "p/s : Mungkin artikle ini tidak disenangi oleh Batuapi@Suhaimi Embong.", "p/s : Mungkin artikle ini tidak disenangi oleh Batuapi@Suhaimi Embong.", "p/s : Mungkin artikle ini tidak disenangi oleh Batuapi@Suhaimi Embong."....apa daaa! Tak de lain, Shuhaimi Embong,Shuhaimi Embong, Shuhaimi Embong, Shuhaimi Embong...(Wa ingat lepas neh tak pasal-pasal Shuhaimi Embong dirisik oleh Mark Zurkenberg, macam si Kerol Fahmi kena risik kat Man United..huhuhuhu). Padahal Batu api dah cakap neh: "Aku boleh bersumpah dengan Wallahali, Wabillahi dan Watahllahi. Aku sebut sekali lagi aku bukan Suhaimi Embong.."

Yaaa...mereka neh tahap pikiran cap AYam!!! Walau apapun, wa ucap SELAMAT BERJUANG YB! Moga-moga lu dapat jawatan nanti...Jangan lupa pulak blogger2 celaka, supporter lu tuh! Lu pun akhir-akhir neh asyik duk wirid jugak..."PUTRAJAYA","PUTRAJAYA","PUTRAJAYA", "PUTRAJAYA", "PUTRAJAYA"...Jangankan Putrajaya terlepas...Kelantan pun kena tawan..Na'uzzubillah!

Sunday, January 2, 2011

"PRK TENANG BATAL!" - TAN SRI ABDUL AZIZ (SPR):

PUTRAJAYA - 2 Januari 2011. Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang akhbar tergempar semalam, dikediaman beliau mengatakan bahawa pilihanraya kecil (PRK) Tenang dibatalkan.

Ini kerana, parti yang bertanding; PAS dan UMNO telah bergabung. Ia adalah ekoran perjumpaan yang telah disensasikan disetiap blog-blog pembangkang akhir-akhir ini. Pertemuan itu disahkan oleh YB Abdul Fatah Haron didalam laman Facebook beliau. Apa yang mengejutkan pihak media negara adalah, bila ada perjumpaan terus pergabungan parti berlaku, tanpa berbincang sesama pemimpin-pemimpin lain dan ahli itu sendiri.

Lambang baru parti gabungan tersebut seperti dibawah;



Oleh kerana perkembangan terbaru ini, maka parti-parti baru, seperti Pas reform, Gempur 13 dan beberapa parti serpihan ingin menawarkan bertanding. Calun yang dicadangkan merupakan seorang jejaka dari Lombok, Indonesia. Simbol yang digunakan adalah 'kereta kebal'. Walau bagaimanapun, pihak SPR tidak melayan pelawaan mereka. (Sumber Agensi Berita F*kaP)